ISU kebajikan pelajar dan keselamatan di sekolah terus menjadi perhatian masyarakat, khususnya apabila melibatkan golongan asnaf serta kes buli yang semakin membimbangkan.
Prihatin terhadap perkara itu, sekumpulan peguam tampil menghulurkan bantuan serta melaksanakan inisiatif kesedaran demi kesejahteraan pelajar.
Sekumpulan peguam daripada firma guaman Tetuan Aimee & Zaim Arif mengambil langkah murni dengan menyalurkan bantuan pembayaran yuran sekolah kepada beberapa orang murid asnaf yang memerlukan.
BACA LAGI: Tangan kebas susah angkat anak, Noh Salleh jalani pembedahan tulang belakang tengkuk
BACA LAGI: Modal lebih RM30,000 lesap, 'over confident' pengasas kosmetik bangkit lepas sambung ijazah sarjana
Inisiatif tersebut bertujuan meringankan beban kewangan keluarga kurang berkemampuan agar anak-anak mereka dapat meneruskan pembelajaran tanpa tekanan.

Kempen kesedaran Anti Buli turut menjadi insiatif utama sekumpulan peguam dari fima Tetuan Aimee & Zaim Arif.
Selain bantuan kewangan, firma guaman berkenaan turut menganjurkan ceramah dan kempen kesedaran Anti Buli sebagai respons terhadap peningkatan kes buli yang semakin kerap dilaporkan di negara ini.
Menurut wakil Tetuan Aimee & Zaim Arif, program tersebut bukan sahaja bertujuan membantu dari sudut kewangan, malah memberi pendedahan kepada pelajar, guru dan ibu bapa mengenai kesan buruk buli, termasuk implikasi psikologi terhadap mangsa serta kesan undang-undang yang boleh dikenakan kepada pelaku.
Tambahnya, usaha pendidikan dan pencegahan awal dilihat sebagai langkah penting dalam membanteras budaya buli di institusi pendidikan, selain membentuk persekitaran sekolah yang lebih selamat, harmoni dan beretika.
Inisiatif itu secara tidak langsung mencerminkan komitmen firma guaman berkenaan terhadap tanggungjawab sosial korporat serta keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat, khususnya dalam memastikan hak dan keselamatan kanak-kanak terus terpelihara. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
