'Selamat jalan mama kesayanganku', Puteri Aishah titip rindu pemergian ibu, sedekad lawan kanser


  • Bonda
  • Khamis, 29 Jan 2026

Puteri Aishah berkongsi berita duka apabila ibunya meninggal dunia akibat kanser baru-baru ini.

PEMERGIAN insan tersayang sememangnya menjadi detik paling sukar untuk diterima, apatah lagi apabila melibatkan ibu yang telah berjuang melawan penyakit dalam tempoh lama.

Pelakon Puteri Aishah baru-baru ini berkongsi khabar duka mengenai pemergian ibu tercinta selepas hampir sedekad berjuang melawan kanser.

Perkhabaran menyedihkan itu dimaklumkan sendiri olehnya menerusi satu hantaran menyentuh hati di laman Instagram miliknya.

BACA LAGI: Rasa 'down' cita-cita nak jadi angkasawan diperlekeh, tapi kembali semangat lepas dapat poskad daripada Dr. Sheikh Muszaphar

BACA LAGI: 'Screen time jadi skill time', ibu tak sangka anak baiki PC ikut panduan ChatGPT, siap ada misi kumpul RM1,000

Dalam perkongsian tersebut, beliau meluahkan rasa cinta, rindu dan penghargaan terhadap pengorbanan ibunya sepanjang hayat.

"Selamat jalan mama kesayanganku, terima kasih atas segala pengorbanan yang tak terhingga, you’re the best mom in the whole world," tulisnya.

Menurutnya, ibunya telah berjuang melawan kanser hampir 10 tahun demi terus bersama keluarga tercinta.

Kecekalan dan kekuatan wanita itu meninggalkan kesan mendalam buat Puteri Aishah yang menyifatkan ibunya sebagai insan paling bermakna dalam hidupnya.

"Cinta angah pada mama melebihi segala yang angah cinta di dunia ini dan angah tahu mama pun sayangkan angah sepenuh hati.

"Terima kasih sebab berjuang habis-habisan untuk terus bersama kami selama mungkin," luahnya lagi.

Dalam nada penuh emosi, Puteri Aishah turut merelakan pemergian ibunya dan berharap insan tersayang itu kini beristirahat dengan tenang selepas sekian lama menanggung kesakitan.

"And now, mama rest ok? I’ll treasure our memories forever. Mama selamanya di hati angah, no one can replace my mama," tulisnya.

Lebih menyentuh perasaan, pelakon itu turut meluahkan harapan agar ibunya hadir dalam mimpinya kelak, sekadar untuk memeluk dan melepaskan rindu yang tidak terungkap dengan kata-kata.

Perkongsian tersebut nyata mengundang sebak dalam kalangan peminat dan rakan artis yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan takziah serta kata-kata semangat buat Puteri Aishah.

Ramai yang turut mendoakan agar beliau terus tabah menghadapi ujian berat itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram