[VIDEO] Anak perempuan minta bantuan staf kafe, ibu alami paras gula dalam darah rendah


  • Bonda
  • Sabtu, 20 Dis 2025

Tangkap layar memaparkan situasi ketika kakitangan kafe membantu kanak-kanak perempuan berkenaan.

SEORANG kanak-kanak perempuan bertindak mendapatkan pertolongan segera di sebuah kafe selepas ibunya mengalami penurunan paras gula dalam darah. 

Kejadian di China itu dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan sebelum dikongsikan di media sosial.

Menerusi rakaman berdurasi 38 saat itu, kanak-kanak berkenaan dilihat masuk ke dalam kafe dan bertanya sama ada mereka ada menjual coklat.

BACA LAGI: [VIDEO] Sisi tak diketahui, Bung Moktar insan penuh kasih sayang di samping anak-anak, keluarga

BACA LAGI: 'Ada doa tanpa kata-kata, hanya air mata,' Zizie Izette luah rasa hiba pemergian Bung Moktar

Kakitangan kafe bagaimanapun memaklumkan mereka hanya mempunyai coklat gelap yang bebas gula.

"Saya rasa gula dalam darah ibu saya sangat rendah," katanya.

Seorang lagi lelaki dipercayai pelanggan kafe kemudian dilihat cuba membantu dengan menyatakan hasrat untuk membeli coklat di kedai berdekatan.

Namun tindakannya dihalang staf berkenaan yang menyatakan bahawa kemungkinan coklat tidak akan berkesan dan akan mengambil masa lama.

Staf itu kemudian menyediakan secawan air manis dan memberikannya kepada kanak-kanak tersebut secara percuma.

"Berikannya kepada ibu awak," katanya kepada budak tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram