PEMERGIAN Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin jelas memberikan kesan mendalam terhadap balunya iaitu Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad.
Pelakon itu meninggalkan mesej menyayat hati rentetan susulan pemergian Bung Moktar pada pagi Jumaat, pukul 1.46 pagi di usia 66 tahun.
Bung yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu.
BACA LAGI: Jangan biarkan rakyat mati kelaparan, tolong bantu kami — Datuk Bandar Aceh Utara
BACA LAGI: [VIDEO] Bahasa Melayu bantu doktor Malaysia rawat pesakit Indonesia di Taiwan

Tangkap layar IG Story Zizie mengenai Bung.
"Ada doa yang tidak mempunyai kata-kata lagi, hanya air mata dan tawakkal.
"Malam ini, saya serahkan satu jiwa yang saya kasihi ke dalam penjagaan ALLAH, dan membawa segala yang tidak mampu aku luahkan," ujar Zizie.
Tambah Zizie, dia turut dapat menyaksikan kebaikan yang dilakukan oleh Bung Moktar terhadap orang di sekelilingnya.
Sepanjang mendirikan rumah tangga sejak 2009, Zizie mengatakan Bung Moktar adalah seorang yang murah hati.
"Mereka mungkin tidak tahu hatinya, tetapi saya tahu. Selama 16 tahun saya menyaksikan kebaikannya, kemurahan hatinya, dan kasih sayangnya pada orang ramai.
"Tolong doakan dia," katanya.
Jenazah Bung Moktar akan disemadikan Tapak Perkuburan Islam Kampung Likas selepas solat Jumaat. — The Star/STEPHANI LEE
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
