PEMERGIAN Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin cukup mengejutkan orang ramai kerana Allahyarham kelihatan sihat sepanjang berkempen sempena Pilihan Raya Negeri.
Allahyarham yang juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional Sabah dimasukkan ke hospital pada Khamis akibat jangkitan di paru-paru.
Tetapi, selepas beberapa jam menerima rawatan, anak kepada Allahyarham, Naim Kurniawan Moktar berkongsi pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lamag itu.
BACA LAGI: 'Ada doa tanpa kata-kata, hanya air mata,' Zizie Izette luah rasa hiba pemergian Bung Moktar
BACA LAGI: Sabah lantik 3 Timbalan Ketua Menteri baharu, Setiausaha Umno sertai Kabinet
Pemergiannya sudah tentu memberi kesan kepada keluarga, terutamanya buat anak dan cucu kerana Bung Moktar dikenali dengan perangai ramah dan mencuit hati.
Dalam satu video dimuat naik Zuhaida Zain, kelihatan Allahyarham mempunyai hubungan rapat bersama anak-anak hasil perkahwinan dengan isteri kedua, Zizie Ezette.
Rakaman itu memaparkan Bung Moktar melakukan kejutan dengan kelibatnya disambut dengan penuh keterujaan oleh kanak-kanak yang berada dalam bilik berkenaan.
Allahyarham dikurniakan tiga cahaya mata hasil perkahwinan dengan pelakon itu pada 2009 selain turut mengambil dua anak angkat.
Dalam video berasingan, kelihatan kasih sayang dan keakraban Allahyarham bersama anak-anaknya dengan kesibukan dalam dunia politik tidak menghalangnya daripada mencurahkan perasaan itu.
Kedua-dua rakaman itu sekali gus menceritakan sisi berbeza Bung Moktar yang sering diketahui sebagai seorang yang lantang dalam Parlimen, namun mempunyai personaliti berbeza di samping orang tersayang.
Kehilangan figura politik yang juga bekas Pengerusi Felda itu memberi kesan besar apabila orang ramai menzahirkan rasa sebak atas berita itu.
Figura politik yang lain seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merupakan antara yang memberi ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
