[VIDEO] Atlet OKU lamar kekasih guna bahasa isyarat lepas raih pingat emas di Sukan Olimpik Khas


  • Cinta
  • Khamis, 18 Dis 2025

Tangkap layar memaparkan Mengyu melutut di hadapan teman wanitanya dan mengeluarkan cincin untuk melamar.

DETIK manis tercipta di Guangzhou, China saat atlet kurang pendengaran, Zhang Mengyu, 26, melamar teman wanitanya, Xu Juan menggunakan bahasa isyarat.

Lebih menyentuh hati, lamaran pada Ahad itu dibuat selepas Mengyu memenangi pingat emas dalam acara lompat bergalah lelaki di Sukan Kebangsaan untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) ke-12 negara berkenaan.

Menerusi video dikongsikan di Instagram, pada awalnya, barisan atlet dilihat berkumpul untuk bergambar bersama, sebelum seorang lelaki menyerahkan sejambak bunga kepada Mengyu dari belakang.

BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki China sanggup bina Parthenon tema Hello Kitty bernilai lebih RM300,000, jadi 'backdrop' melamar kekasih

BACA LAGI: 'Effort' luar biasa, lelaki guna AI hasil 'trailer' ala animasi Disney lamar kekasih hati

Tidak menunggu lama, atlet berusia 26 tahun itu kemudian melutut di hadapan teman wanitanya dan mengeluarkan cincin untuk melamar, sementara rakan yang lain berundur bagi memberi ruang buat pasangan tersebut.

"Kita dah janji, saya akan berlatih selama dua tahun, menang dan seterusnya melamar. Adakah awak mahu berkahwin dengan saya?" ungkap Mengyu kepada Juan.

Meski terkejut dan tersentuh dengan tindakan itu, Juan yang juga atlet kurang pendengaran menerima lamaran tersebut dengan membenarkan Mengyu menyarungkan cincin ke jarinya.

Mengyu, yang turut meraih pingat emas dalam acara lompat bergalah di Sukan Olimpik Khas ke-9 China, mencipta momen romantik itu di tengah kemeriahan kejohanan.

Suasana itu menarik perhatian ramai kerana melibatkan dua atlet kurang pendengaran yang berjaya mengekalkan komitmen terhadap sukan dan hubungan mereka.

Ia sekali gus membuktikan bahawa cinta dan semangat tidak mengenal batasan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram