'PIBG minta sumbangan dalam group macam slow sambutan', wanita terus taja kerusi, meja, terharu dewan SPM serba baharu


  • Bonda
  • Jumaat, 28 Nov 2025

Sebanyak 230 unit meja dan kerusi yang uzur sebelum ini telah diganti sepenuhnya dengan perabot baharu. — Gambar hiasan

INISIATIF seorang wanita menaja sepenuhnya penggantian meja dan kerusi uzur untuk kegunaan pelajar di sebuah sekolah menengah dekat Subang Jaya, Selangor mendapat perhatian warga maya.

Berdasarkan perkongsian di Threads miliknya, wanita tersebut berkata, pada awalnya Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memohon sumbangan bagi menggantikan perabot lama di dewan untuk kegunaan semasa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bagaimanapun ujarnya, sambutan dalam kumpulan perbincangan itu dilihat agak kurang memberangsangkan.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Jungle Girl' kongsi rezeki, taja televisyen pintar dan RM100,000 buat sekolah, pelajar ke Abu Dhabi

BACA LAGI: Bermula di Kedah, 'budak bandar' ajak sapot lokal, jual madu tualang artisan demi hargai keringat Orang Asli

"Jadi saya tanya berapa jumlah bajet dan terus buat pemindahan wang, selesai masalah.

"Hari ini (Rabu) cikgu tunjuk gambar susunan dalam dewan, sebaknya," tulisnya.

Menurutnya lagi, sebanyak 230 unit meja dan kerusi yang uzur sebelum ini telah diganti sepenuhnya dengan perabot baharu.

Guru berkongsi keadaan terkini di dalam dewan sekolah berkenaan.

Wanita berkenaan turut menzahirkan hasrat agar pahala sedekah itu menjadi amal jariah untuk arwah ibu bapanya, selain berharap ia memberi keselesaan dan semangat kepada pelajar ketika menghadapi peperiksaan penting tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram