'Sesen kau tak keluar beli perabot, keperluan rumah', bekas isteri atlet para dedah tekanan 5 tahun berumah tangga


  • Maya
  • Selasa, 25 Nov 2025

Anas dan Suffi sah bercerai dengan talak satu pada tanggal 17 September lalu.

PENDEDAHAN bekas isteri pemenang pingat emas Sukan Para ASEAN, Anas Zul Amirul Sidi mengenai dugaan yang dilaluinya selama lima tahun bergelar isteri mencetuskan perbualan hangat di media sosial.

Menerusi hantaran di Threads miliknya, bekas isteri tersebut, Suffi Sofea turut mempersoalkan keputusan Anas bernikah dengan wanita lain ketika dirinya masih berada dalam tempoh iddah talak rajie.

BACA LAGI: Cerai talak 3, Siti Jamumall dan bekas suami temui titik damai, mahu besarkan anak cara baik

BACA LAGI: Keperluan ‘coach cerai’ buat pasangan dalam proses berpisah, antara sokongan emosi dan mencari titik damai

 

 

“Selamat pengantin baharu bekas suami. Tak ajak anak datang majlis nikah?

"Aku masih dalam iddah talak rajie, belum suci kali kedua lagi. Pejabat agama mana boleh luluskan pernikahan mereka?

"Memang aku cerai 17 September 2025 dan Anas kenal dengan isteri baharu ini lepas cerai, tapi macam pelik, hari ini kenal, hari ini bercinta terus putuskan untuk nikah," tulisnya.

Suffi mengakui dirinya berdepan tekanan emosi selepas melihat gambar majlis pernikahan bekas suaminya itu, malah mendakwa mengalami serangan anxiety kerana pada masa sama nafkah anak untuk bulan tersebut didakwa masih tertunggak sebanyak RM200.

"Nafkah anak RM900 sebulan tapi kau minta kurang RM600 tapi bulan ini kau bagi RM400 saja, lepas itu tuptup kau kawin.

"Dalam masa sama, banyak kes makhamah masih berjalan," ujarnya.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu mendakwa, sepanjang perkahwinan, segala kos asas rumah seperti perabot, sewa, barangan keperluan rumah dan pengasuh ditanggung olehnya.

Malah dakwanya, mereka juga terpaksa berkongsi perbelanjaan dapur sebanyak 50-50, sedangkan Anas bertanggungjawab untuk menanggung sepenuhnya keperluan tersebut.

Dakwa Suffi, Anas akan bertindak ganas dengan merosakkan barangan di rumah jika keinginan untuk menjalani hubungan intim tidak dipenuhi.

"Sesen kau tak keluar beli perabot, keperluan rumah sepanjang lima tahun kawin. Beli barang dapur suruh 50/50.

"Motor yang Anas guna untuk berjumpa dengan kekasih dia pun pakai motor aku.

"Memang sekarang tiada tertunggak bayaran bulanan motor, tapi sebelum-sebelum ini, dua hingga tiga bulan tertunggak dengan sekarang pun road tax tak diperbaharui," dakwanya.

Dakwa beliau, Anas akan bertindak ganas dengan merosakkan barangan di rumah jika keinginannya untuk 'bersama' tidak dipenuhi.

Suffi yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kewartawanan & Pelaporan) turut meluahkan kesal kerana melepaskan impian kerjayanya demi memberi tumpuan kepada rumah tangga yang akhirnya berakhir di mahkamah.

Ujar Suffi, beliau mengurus hampir keseluruhan operasi awal kelab renang yang mereka bina bersama pada Januari 2025.

Wanita itu turut mendakwa, beliau merupakan individu yang mengurus hampir keseluruhan operasi awal kelab renang yang mereka bina bersama pada Januari 2025.

Antara tugasan yang didakwa dilakukan olehnya termasuk penyediaan tugasan akademik, portfolio, silibus, pemasaran, suntingan video dan urusan pengurusan.

"Aku tuntut harta sepencarian pasal renang sahaja, takkan tak mampu bayar? Alasan ramai pelajar lari.

"Itu kesalahan kau lah, kerja ialah kerja, peribadi ialah peribadi," ujarnya.

Suffi menegaskan, tindakannya berkongsi pengalaman rumah tangga di media sosial bukan bertujuan membuka aib bekas suaminya, tetapi sekadar mempertahankan diri selepas menerima pelbagai kecaman daripada pelbagai pihak.

"Aku tuntut hak, kalau jahat aku hasut Bunga (anak) benci bapa dia.

"Tapi ada Bunga tak nak jumpa bapanya? Bunga selalu teruja apabila Anas datang,” katanya lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram