Banjir di beberapa negeri susulan hujan lebat, ini 5 perkara penting, ibu bapa jangan skip point 4!


  • Bonda
  • Isnin, 24 Nov 2025

Apabila air mula naik dalam rumah, keadaan boleh menjadi kelam-kabut terutama bagi keluarga yang mempunyai anak kecil. — Gambar hiasan

HUJAN berterusan ketika ini menyebabkan banyak kawasan di Malaysia mengalami banjir.

Antaranya di negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang, selain negeri lain yang berisiko termasuk beberapa lokasi di sekitar Selangor, Kedah dan Perak.

Dalam situasi sebegini, apabila air mula naik dalam rumah, keadaan boleh menjadi kelam-kabut terutama bagi keluarga yang mempunyai anak kecil.

BACA LAGI: 'Rak makanan hampir kosong, air banjir naik paras dada', rakyat Malaysia kongsi situasi banjir buruk Hat Yai

BACA LAGI: 'Masih trauma banjir yang dulu', penduduk Sri Muda kesal gambar banjir dihasilkan AI jadi bahan gurauan, cetus panik

Justeru penting untuk ibu bapa bertindak segera bagi melindungi keluarga tercinta.

Berikut Majoriti kongsikan lima langkah penting harus dilakukan agar keselamatan dan kesejahteraan semua ahli keluarga terjamin semasa musim banjir:

1) Pindahkan ahli keluarga ke tempat tinggi

Keselamatan anak-anak adalah keutamaan, maka disaran menempatkan mereka di tempat yang tinggi dan kering.

Pastikan anak-anak tidak bermain atau menyentuh air banjir kerana berisiko jangkitan kuman dan arus berbahaya.

Pastikan anak-anak tidak bermain atau menyentuh air banjir kerana berisiko jangkitan kuman dan arus berbahaya. — Gambar hiasan

2) Selamatkan dokumen penting, barangan keperluan

Dokumen seperti kad pengenalan, sijil lahir, pasport dan buku bank perlu segera disimpan dalam beg kalis air.

Sediakan satu 'beg kecemasan keluarga' berisi lampin, susu, ubat, pakaian ganti, pengecas bateri (powerbank) dan lampu suluh.

3. Tutup suis elektrik

Keselamatan elektrik sangat penting ketika banjir.

Jadi ibu bapa jangan lupa untuk matikan semua suis utama dan putuskan bekalan kuasa di rumah.

Elak menyentuh peralatan elektrik jika air sudah mencecah soket kerana boleh menyebabkan renjatan.

Ibu bapa disaran untuk mendapatkan maklumat mengenai PPS yang terdekat. — Gambar hiasan

4. Hubungi PPS atau balai bomba

Sentiasa pantau keadaan semasa terutama di kawasan tempat tinggal anda.

Jika air meningkat dengan cepat, segera hubungi pihak berkuasa.

Dapatkan maklumat mengenai pusat pemindahan sementara (PPS) yang terdekat.

Jangan tunggu sehingga keadaan kritikal sebelum meminta bantuan.

5. Kekal tenang

Anak-anak mudah panik apabila melihat keadaan luar biasa, jadi ibu bapa dinasihatkan untuk menjelaskan situasi yang berlaku dengan nada tenang.

Pastikan mereka bersama ibu bapa setiap masa dan tidak berlegar di luar rumah.

Banjir boleh menyebabkan stres, justeru penting juga untuk ibu bapa menjaga kesihatan fizikal dan mental masing-masing. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram