Keperluan ‘coach cerai’ buat pasangan dalam proses berpisah, antara sokongan emosi dan mencari titik damai


  • Cinta
  • Rabu, 29 Okt 2025

Seorang wanita ditemani peguam dan individu dikenali sebagai 'coach cerai' ketika hadir ke mahkamah bagi prosiding perceraian. — Gambar hiasan

KEHADIRAN individu bergelar Coach Cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan semasa prosiding perceraian antara pasangan selebriti, Uqasha Senrose dan Kamal Adli, pada Selasa lalu menarik perhatian umum dan mencetuskan perbincangan hangat di media sosial.

Perkara itu mencuri tumpuan selepas Uqasha dilihat hadir ke mahkamah bersama beberapa peguam serta seorang individu dikenali sebagai Coach Cerai bagi prosiding kedua kes berkenaan.

Rentetan insiden itu, orang ramai mula mempersoalkan fungsi sebenar Coach Cerai dan sama ada profesion tersebut diiktiraf secara rasmi di negara ini.

“Ingatkan nak diet saja ada coach. Rupa-rupanya nak cerai pun ada coach,” tulis pengguna Facebook, Nurul Afiqah Aziz.

“Selama 32 tahun berkahwin, baru hari ini saya tahu wujudnya coach cerai,” ujar Zuraidah Mohd Nor.

“Ingatkan pemain bola sahaja perlukan coach, rupa-rupanya masa bercerai pun ada,” kata seorang lagi pengguna, Medeline Panjang.

BACA LAGI: 'Lahirnya seorang PASKAU dalam keluarga saya', Sultan Pahang bangga putera sulung tamat latihan kepakaran elit udara

BACA LAGI: Oki Setiana Dewi anggap Mesir tempat tepat untuk bentuk karakter anak, didik cintakan Al-Quran dan Palestin

Peranan sebenar coach cerai

Menurut perkongsian seorang pengguna media sosial, Lee Moy, istilah Coach Cerai bukanlah gelaran rasmi, sebaliknya istilah popular di media sosial bagi individu yang menawarkan bimbingan emosi kepada mereka yang sedang melalui proses perceraian.

“Peranan Coach Cerai ialah memberi sokongan dari segi kawalan emosi, membantu individu bangkit semula selepas berpisah, serta mengekalkan hubungan baik dengan bekas pasangan terutamanya demi kesejahteraan anak-anak,” katanya.

Bagaimanapun, 'gelaran' tersebut tidak diiktiraf secara profesional oleh mana-mana badan rasmi.

Untuk diiktiraf sebagai kaunselor bertauliah, seseorang perlu memiliki lesen sah daripada Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM). 

Tanpa kelayakan itu, mereka hanyalah motivator atau penasihat tidak rasmi, bukan ahli psikologi mahupun kaunselor perkahwinan berdaftar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram