JENAMA kecantikan popular tanah air, SimplySiti dan BeauSiti, mengadakan acara istimewa Spa Day Eksklusif Bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza bersempena pelancaran rangkaian produk terbaharu kedua-dua jenama itu.
Program santai yang berlangsung di Lax. Retreat, The Linc, Kuala Lumpur pada Jumaat itu menghimpunkan wakil media, pempengaruh, pelanggan setia serta peminat bertuah yang terpilih.
Acara eksklusif itu bukan sahaja menawarkan pengalaman relaksasi premium, malah memberi peluang kepada tetamu untuk mencuba sendiri inovasi kecantikan baharu yang dibangunkan di bawah rangkaian SimplySiti dan BeauSiti.
BACA LAGI: [VIDEO] Siti Nurhaliza dedah 'rahsia' tidak muncul di KLFW, bukan tak hargai pereka tapi...
BACA LAGI: Single pertama sebagai Biduanita Negara, Siti Nurhaliza abadikan perjalanan seni menerusi 'Sejarah'
SimplySiti memperkenalkan dua produk solekan terbaru iaitu New Fresh Colour Eye Palette dan New Fresh Colour Blusher, masing-masing hadir dengan tiga varian warna moden selari dengan trend masa kini.
Formula pro-pigmented dan teksturnya yang mudah diaplikasi menjadikan rangkaian tersebut sesuai untuk solekan harian mahupun gaya glamor.
Sementara itu, BeauSiti melancarkan produk penjagaan tubuh baharu, Salt Therapy Himalayan Salt Body Scrub, yang menggunakan bahan semula jadi termasuk garam bukit Himalaya berkualiti tinggi.
Scrub bertekstur halus itu dirumus untuk menanggalkan sel kulit mati, melembutkan kulit dan mengekalkan kelembapan berpanjangan.
Sepanjang acara, para tetamu diberi peluang menikmati rawatan Salt Therapy Scrub selain menyertai aktiviti DIY Body Scrub yang memberikan pengalaman lebih dekat dengan produk yang diperkenalkan.

BeauSiti melancarkan Salt Therapy Himalayan Salt Body Scrub menggunakan bahan semula jadi termasuk garam bukit Himalaya.
Inspirasi
Sebagai pengasas Simplysiti, Siti Nurhaliza berkata, acara itu bertujuan memberi pendedahan lebih jelas mengenai cara penggunaan produk, khususnya Himalayan Salt Body Scrub yang menjadi fokus utama BeauSiti.
Menurutnya, scrub berasaskan garam Himalaya, bergamot, kamomil, minyak badam manis, aloe vera dan vitamin E itu bukan sahaja membantu menghilangkan sel kulit mati, malah turut membantu merawat kulit kering.
“Garam Himalaya dan bergamot juga ada unsur rawatan tradisi Melayu.
"Saya gabungkan bahan semula jadi ini dengan formulasi moden supaya wanita dapat menikmati rawatan yang lengkap,” katanya ketika ditemui Majoriti pada acara istimewa Spa Day Eksklusif Bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Siti Nurhaliza menjalankan sesi rawatan scrub bersama tetamu di acara Spa Day Eksklusif Bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Kongsi Biduanita Negara itu, ketika zaman kanak-kanak, beliau tidak pernah memberi perhatian terhadap soal kecantikan mahupun rutin penjagaan diri.
Namun cerita beliau, selepas bergelar anak seni, pendedahan dunia hiburan membuka ruang kepadanya untuk belajar tentang solekan, penjagaan kulit dan keseluruhan imej sebagai selebriti.
“Selepas menjadi artis, barulah saya mula serius. Sedikit demi sedikit belajar cara bersolek dan menjaga kulit.
"Kerjaya seni banyak mendedahkan saya kepada bidang kecantikan,” jelasnya.

Siti Nurhaliza berkesempatan membuat air teh hijau semasa majlis berlangsung.
Pernah menjalani rawatan kecantikan di spa, pelantun lagu Menamakanmu Cinta itu mengakui sebagai selebriti ada ketika timbul rasa segan kerana sentiasa menjadi tumpuan.
Pengalaman itu juga membuatkannya memahami realiti kehidupan wanita yang mungkin tidak mempunyai masa atau kemampuan untuk mendapatkan rawatan kecantikan di luar.
“Saya faham ramai wanita yang sibuk atau tidak mampu pergi ke spa. Jadi dengan scrub ini, mereka boleh lakukan rawatan sendiri di rumah,” katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
