LIMA wanita mempamerkan gaya tersendiri, namun tetap selari dengan satu tema iaitu pilihan rona selamat seperti krim, putih dan hitam ketika menghadiri Fashionably Modest Asia (FMA) 2025 di Kuala Lumpur pada Rabu lalu.
Walaupun pakaian digayakan daripada pelbagai jenama dan jenis, kesemua undangan mempamerkan gaya kreatif melalui gabungan pelbagai elemen, selari dengan prinsip modest fashion, sambil menekankan keselesaan.
Setiap penampilan dipadankan dengan aksesori ideal untuk menambah sentuhan elegan tanpa mengurangkan keselesaan.
BACA LAGI: 'Dia jadi lebih berani, kurang tantrum', bapa kongsi kelebihan hiking bersama 2 anak sejak bayi
BACA LAGI: Kombo warna ‘strawberry matcha’ kini diterjemah jadi inspirasi fesyen, dekorasi
Salah seorang undangan, Amira Syuhada, 25, kelihatan santai dengan tudung dibeli dalam talian, baju terpakai di kedai bundle, seluar dari pusat beli-belah, Aeon dan kasut Tomaz.
Beg tangan yang dipadankan daripada bundle tempatan melengkapkan gaya kasual.
Pempengaruh dan usahawan Shazwanie Hakimin, 31, pula memilih serba hitam, lengkap dengan pakaian dan aksesori daripada Shein.
Beg tangan dan kasut daripada jenamanya sendiri, Snuglier.
Pempengaruh, Nina Aziz, 32, menampilkan gaya anggun dengan hijab daripada butik tempatan dipakai secara turban, rantai dan skirt dari H&M, baju putih Banana Republic serta kasut jenama lokal, Seru.
Beg tangan Stella McCartney dan cincin emas Habib melengkapkan penampilannya.
Tampil serba krim, Amal Syahmina, 28, memadankan tudung tanpa jenama dengan baju daripada Qiszar, kasut Charles & Keith, beg Nazifi Nasri dan perhiasan Habib, menghasilkan gaya ringkas namun elegan.
Sementara itu, Lyana Qistina, 28, memadankan pakaian milik rakannya bersama seluar jean label Zara dan beg yang dibeli semasa berada di China.
Skaf daripada jenama tempatan Solace dan jam tangan Laphont melengkapkan penampilan praktikal tetapi bergaya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
