Tragedi 2 sahabat lepas makan roti canai isyarat jelas perlunya perketat had laju kawasan kampung


  • Kes
  • Ahad, 23 Nov 2025

Dua kanak-kanak yang sedang menunggang basikal maut akibat dilanggar sebuah kereta yang datang dari arah belakang.

DUA kanak-kanak yang maut dirempuh kereta ketika menunggang basikal di Jalan Sedaka Tengah, Yan, Kedah pada pagi Sabtu dilaporkan baru sahaja selesai menjamu roti canai di sebuah gerai berhampiran.

Menurut laporan, kedua-dua mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang selepas bersarapan di gerai yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah.

Insiden tragik itu mencetuskan rasa simpati dan kemarahan warga maya yang menggesa agar had laju di kawasan kampung diperketatkan bagi mengelak kejadian sama berulang.

BACA LAGI: [VIDEO] Penuh tipu helah, polis Turkiye menyamar jadi penghantar makanan sebelum serbu rumah suspek

BACA LAGI: Bukan peperiksaan semata-mata, KPM tegaskan SPM tidak akan dimansuh — Fadhlina Sidek

Dua kanak-kanak berusia 10 dan 11 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Ramai berpendapat sikap pemandu yang memandu laju di kawasan perumahan dan kampung semakin membimbangkan.

“Kereta dalam kampung atau kawasan perumahan pun laju, tak selamat anak-anak sekarang,” kata Nazleen Najeeb.

“Itu kawasan kampung, sepatutnya orang yang ada lesen lebih tahu berapa kelajuan yang sepatutnya dalam kawasan kampung, bukan salahkan budak-budak naik basikal, kalau dekat tengah bandar bolehlah nak salahkan ibu bapa, ini dalam kawasan kampung, lain,” kata Nur Fatin.

“Kalau mereka ride dengan baik, kenapa nak suruh saman, bukannya diorang berlumba basikal lajak ke apa. Semoga mak ayah mereka abah menghadapi kehilangan, Insya-ALLAH permata syurga menanti,” kata Puan Daing.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Mohamad Hamizi Abdullah mengesahkan pihaknya menahan seorang pemandu kereta berusia 33 tahun yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut.

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing ke atas pemandu tempatan berkenaan didapati negatif dadah dan siasatan lanjut masih dijalankan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram