Debaran SPM dan UPKK, amalan doa Asmaul Husna untuk anak-anak hadapi peperiksaan


  • Bonda
  • Isnin, 17 Nov 2025

Ustazah Asma' (gambar kecil) menyeru ibu bapa agar menenangkan hati dan menyokong anak-anak dengan kekuatan doa.

PEPERIKSAAN penting melibatkan ribuan pelajar di seluruh negara iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dijadualkan mula berlangsung pada Isnin.

Dalam suasana penuh debaran ini, para ibu bapa digalakkan memperbanyakkan doa sebagai ikhtiar spiritual mengiringi usaha anak-anak menghadapi detik penentu tersebut.

Justeru pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun menyeru ibu bapa agar menenangkan hati dan menyokong anak-anak dengan kekuatan doa.

BACA LAGI: SPM 2025 bermula, Asyraf Wajdi titip doa, ibu bapa perlu yakin kebolehan anak

BACA LAGI: Amalan 'mahal' elak lupa hafalan, bukan setakat calon SPM, ibu bapa pun boleh buat

“Esok (Isnin) anak-anak kita akan mula berjuang untuk SPM dan UPKK.

"Kita tak mampu temani anak dalam dewan, tapi kita boleh iringi dengan doa. 

"Doa daripada Asmaul Husna ini disusun khas untuk ibu ayah. Semoga ALLAH makbulkan,” katanya menerusi perkongsian di hantaran Facebook milik beliau.

Sebagai tambahan, ibu bapa juga digalakkan membaca doa yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Ibnu Abbas r.a.

اللَّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ

Maksudnya: “Ya Allah, berikanlah kepadanya kefahaman dalam agama serta ajarkanlah kepadanya tafsiran al-Quran.”

(HR Ahmad, Sahih)

Doa tersebut dianggap antara amalan terbaik bagi memohon pertolongan ALLAH SWT dalam urusan ilmu dan peperiksaan.

Peperiksaan UPKK dan SPM yang bermula hari ini dijangka berlanjutan selama beberapa minggu.

Dalam tempoh tersebut, ibu bapa disaran terus memberikan sokongan moral dan spiritual kepada anak-anak agar mereka dapat melalui fasa itu dengan tenang dan yakin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram