Cucu kumpul duit RM14 belanja datuk makan di restoran barbeku Korea


  • Cinta
  • Sabtu, 15 Nov 2025

Joshua (kiri) ketika membawa Roberto menikmati hidangan barbeku di restoran JK Samgyupsal Unli-Korean BBQ baru-baru ini. — Agensi

SEORANG kanak-kanak di Filipina mencuri perhatian warga maya selepas usahanya menabung 199 peso (RM14) demi membelanja datuknya menikmati hidangan barbeku Korea tular di media social baru-baru ini.

Difahamkan, kanak-kanak dikenali sebagai Joshua itu berusaha mengumpul wang sendiri untuk membawa datuknya, Roberto makan di restoran JK Samgyupsal Unli-Korean BBQ, milik Jessica Absalon.

Namun, hasrat menikmati hidangan tersebut pada awalnya terhalang apabila Roberto memberitahu cucunya mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi.

BACA LAGI: [VIDEO] Satu pesawat nyanyi lagu hari jadi Mat Zin ke-100 tahun, cucu kongsi atuk teringin nak jumpa Tun M

BACA LAGI: Teringin jumpa cucu banduan, datuk sanggup merompak supaya kena sumbat masuk penjara

 

 

"Sewaktu kunjungan pertama, Joshua berkata, 'lolo (datuk), mari kita makan di sini' namun datuknya terpaksa menolak kerana perlu berjimat.

"Joshua kemudian berjanji 'kita akan datang semula'," kata Jessica menceritakan semula kejadian tersebut.

Berpegang pada janji itu, Joshua menghabiskan masa petangnya dengan menjual makanan dan mengutip derma bagi mengumpul sejumlah wang yang diperlukan.

Beberapa jam kemudian, beliau kembali ke restoran berkenaan dan menyerahkan duit syiling bernilai 199 peso.

Ma’am! Saya dah cukupkan duit, saya dan lolo akhirnya boleh makan di sini,” ujar Joshua.

Tersentuh dengan ketulusan hati dan kegigihan kanak-kanak berkenaan, Jessica memutuskan untuk menaja sepenuhnya makan malam mereka, selain menyediakan makanan tambahan untuk dibawa pulang.

Roberto menikmati hidangan barbeku itu, namun lebih bermakna baginya ialah waktu yang dapat dihabiskan bersama cucu kesayangannya.

“Saya tidak akan minta apa-apa lagi,” katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram