[VIDEO] Perkenalan ibarat 'eksperimen', beratur di tandas jadi permulaan cinta Mark Zuckerberg dan Priscilla Chan


  • Cinta
  • Isnin, 27 Okt 2025

Priscilla mengakui, detik awal perkenalan mereka disifatkan sebagai satu 'eksperimen'. — Agensi

JIKA kebanyakan pasangan bertemu jodoh melalui rakan pejabat, teman sekolah mahupun aplikasi janji temu, lain pula kisah cinta pengasas Facebook, Mark Zuckerberg dan isterinya, Priscilla Chan.

Menurut Priscilla, pertemuan pertama mereka berlaku dalam situasi yang tidak disangka iaitu ketika sama-sama beratur menunggu giliran ke tandas.

Ujarnya, pertemuan tidak dirancang di sebuah parti di Universiti Harvard itu menjadi titik permulaan hubungan yang kini bertahan lebih sedekad.

BACA LAGI: [VIDEO] Hargai isteri, suami pakat dengan anak-anak sambut 'anniversary' buat pertama kali lepas 22 tahun kahwin

BACA LAGI: [VIDEO] Hargai isteri, suami pakat dengan anak-anak sambut 'anniversary' buat pertama kali lepas 22 tahun kahwin

 

 

Dalam temu bual bersama rancangan The Job Interview terbitan The Wall Street Journal, Priscilla mengimbau kembali detik awal perkenalan mereka yang disifatkannya sebagai satu 'eksperimen'.

Katanya, ketika itu beliau agak bimbang dengan kedudukan akademik Zuckerberg yang hampir dibuang dari Harvard.

“Saya agak risau, ramai orang berusaha keras untuk masuk ke Harvard, tetapi budak ini hampir dibuang dari Harvard.

"Ia satu red flag (tanda bahaya), bukannya tanda kecil,” ujarnya.

Walaupun begitu, hubungan mereka terus berkembang dengan Priscilla menyifatkan keputusan untuk berkahwin dengan Zuckerberg sebagai antara yang paling penting dalam hidupnya.

“Beliau sentiasa menyokong dan percaya pada saya. Bersamanya, saya menjadi versi diri yang lebih berani,” akuinya.

Namun, Priscilla menolak tanggapan bahawa hubungan mereka seperti kisah dongeng.

Sebaliknya, beliau menegaskan, rahsia kebahagiaan rumah tangga terletak pada usaha bersama untuk sentiasa hadir dan saling menyokong.

“Saya rasa hubungan kami berfungsi kerana kami sama-sama bekerja keras untuk terus hadir dan ada untuk satu sama lain,” katanya.

Pasangan ini bercinta selama sedekad sebelum berkahwin pada Mei 2012. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan berusia sembilan, tujuh dan satu tahun. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram