PENYANYI dan komposer terkenal, Najwa Latif selamat melahirkan cahaya mata mata sulungnya pada Selasa.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan suaminya yang juga penyanyi dan komposer, Akwa Arifin menerusi hantaran di Instagram pada Rabu.
Menariknya, tanggal kelahiran pada 11 November 2025 itu juga merupakan tarikh ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga.
BACA LAGI: Siti Saleha dilantik Profesor Adjung Universiti Taylor, 3 lagi selebriti wanita bergelar pendidik
BACA LAGI: Dari dunia fesyen ke sukan bola sepak, Madam Pang terus ukir nama dalam sejarah Thailand
"Alhamdulillah, Najwa dan saya amat bersyukur serta gembira untuk berkongsi kami telah dikurniakan cahaya mata pada 11.11.2025, tarikh yang lebih istimewa kerana ia juga menandakan ulang tahun perkahwinan kami yang ketiga.
"Doakan yang baik-baik untuk kami dan semoga semua doa indah kalian untuk kami dikembalikan dengan ganjaran yang lebih besar, Insya-ALLAH. Parent level: unlocked," tulisnya.
Perkongsian itu dihujani ucapan tahniah dan doa daripada rakan artis serta peminat yang turut teruja dengan kelahiran bayi pertama pasangan berkenaan.

Pasangan itu berkongsi foto kelahiran anak mereka di laman Instagram pada Rabu.
Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, 30, bukan sahaja aktif dalam dunia muzik tetapi juga bergelar pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi.
Beliau memiliki Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Pendidikan Bahasa Inggeris daripada Universiti Malaya (UM), menjadikannya antara artis muda tanah air yang bergelar doktor akademik.
Untuk rekod, Najwa dan Akwa mendirikan rumah tangga pada 11 November 2022 selepas beberapa tahun berkawan rapat dan sering berkolaboratif dalam bidang muzik. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
