Waspada taktik penipuan 'Farid', menyamar jadi kaunselor konon nak bantu ibu ada masalah susu badan


  • Bonda
  • Isnin, 03 Nov 2025

Para ibu khususnya yang menghadapi masalah penyusuan diingatkan supaya lebih berhati-hati dengan individu tidak bertanggungjawab. — Gambar hiasan

GOLONGAN ibu khususnya yang menghadapi masalah penyusuan diingatkan supaya lebih berhati-hati dengan individu tidak bertanggungjawab kononnya menyamar sebagai kaunselor atau ibu menyusu bagi tujuan tertentu.

Kaunselor Laktasi Bertauliah, Nad Masrom berkata, terdapat kes sebelum ini menyaksikan individu tidak dikenali berjaya memperdaya ibu menyusu sehingga sanggup berkongsi gambar bahagian tubuh dikatakan tujuan mendapatkan nasihat penyusuan.

BACA LAGI: Menyusu bayi 'direct' atau botol, ibu kena fahami dulu fitrah anak

BACA LAGI: Salah posisi, 'tongue-tie' sering jadi punca utama puting ibu sakit ketika menyusu

“Kaunselor penyusuan atau ibu yang ada masalah penyusuan, hati-hati!

"Golongan macam ini boleh menyamar jadi ibu ada masalah atau kaunselor yang (kononnya) nak bantu,” katanya menerusi hantaran di akaun Threads miliknya pada Ahad.

Nad menegaskan, keselamatan dan maruah diri perlu diutamakan, terutama bagi wanita yang mudah terdedah pada manipulasi dalam talian.

Beliau turut berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp seorang individu dikenali sebagai Farid yang menghantar mesej berbaur lucah, termasuk soalan tidak sopan mengenai tubuh wanita.

Nad menegaskan, keselamatan dan maruah diri perlu diutamakan, terutama bagi wanita yang mudah terdedah pada manipulasi dalam talian.

“Si Farid ini mungkin dah terlebih high agaknya, tanya soalan awal pun dah tak betul. Wajiblah kena block.

"Pasang Truecaller (penyedia aplikasi pengenalan pemanggil dan penghalang spam di Malaysia), simpan nombor ini sebagai pervert kalau pernah diganggu supaya kita lebih berjaga-jaga akan datang,” ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram