SEGELINTIR ibu yang melalui proses kelahiran buat kali pertama pasti berdepan cabaran dalam pelbagai aspek termasuk ketika anak mereka kerap menangis.
Mereka masih lagi belum memahami bahasa tubuh bayi sehingga berfikir kanak-kanak itu mungkin kelaparan dan memerlukan susuan.
Jika perlu menyusu, mereka perlu berbuat demikian sama ada memberi susu botol atau memberi susu badan, namun kaedah kedua mungkin kurang mesra jika di tempat awam.
Keadaan itu akan membuatkan sebahagian wanita bergelar ibu ini kelam kabut mencari tempat untuk menyusukan bayi secara 'direct' di kawasan yang memiliki privasi.
Tetapi kalau bukan menyusu badan sekali pun, adakah dengan beri susu botol membuatkan bayi terus senyap sepanjang hari dan tidak meragam? Jawapannya tidak. Jadi botol susu bukan penyelesaian.
Sebenarnya, ramai ibu bapa yang masih belum memahami fitrah bayi sehingga situasi itu memberikan kesan kepada diri sendiri.
Bercakap soal itu, kaunselor laktasi, Nad Masrom menerusi perkongsian di Facebook menjelaskan bahawa ibu bapa perlulah mencuba untuk memahami fitrah bayi terlebih dahulu.
"Sebenarnya bayi ini mahu ditenangkan, bukan dengan menyusu atau botol susu. Fitrah ini tak boleh diubah dan akan buat ibu tertekan bila tak faham," katanya.
BACA LAGI: Lantik imam solat sunat atau jamak? Hukumnya masih sah menurut mufti tapi ada caranya
Memahami teknik menenangkan bayi penting buat setiap golongan wanita yang sudah mendirikan rumah tangga. — Gambar Hiasan
Sebagai contoh, Nad berkata, ada ibu yang tetap mahu memberi 1,001 hujah bahawa bayinya 'tak cukup susu' dan mahu 'mengempeng' sahaja bila beri menyusu badan.
"Maka, ibu akan dimomokkan dengan kesusahan menyusu direct dan seharusnya belajar pam dan beri bayi susu botol dengan banyak supaya bayi kenyang," katanya.
Nad berkata, adalah penting untuk ibu bapa memahami terlebih dahulu mengenai ilmu tenangkan bayi atau teknik 5S (cuddle cure).
"Apabila ibu mula rasa rimas gantikan penyusuan dengan teknik cuddle cure. Kena buat ikut turutan dan bukan terus beri susu," katanya.
BACA LAGI: Mateen Inteam terpaku lihat orang Mesir dengar al-Quran sambil berdiri dalam pengangkutan awam
5S meliputi aspek:
1. Swaddle
Swaddle bermaksud membendung seseorang bayi dengan kemas dan betul.
2. Stomach atau Side Position
Seseorang ibu perlulah memastikan kepala bayi mereka tidak terkena bahu untuk elakkan gangguan rooting reflex.
Tulang belakang bayi juga perlulah dipastikan tidak bersentuhan dengan badan ibu.
3. Sshing (White Noise)
Elemen ketiga ini iaitu sshing atau white noise boleh disertakan dengan teknik kedua bertujuan untuk menenangkan bayi.
4. Swing
Hayunan (swing) merupakan elemen keempat bagi memberi keselesaan pada bayi.
Seseorang perlulah menggoyangkan kepala bayi dengan pegangan tangan yang betul.
5. Sucking
Tambahnya, seorang ibu juga perlu memahami fasa perkembangan mental dan lonjakan pertumbuhan supaya tidak bercelaru.
"Kena faham dahulu kenapa ada masa bayi tak nak menyusu dan kenapa ada masa bayi macam tak cukup susu," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram