 
                                                SETIAP pasangan suami isteri pastinya mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga.
Namun, tidak semua diberi rezeki seawal yang diharapkan.
Seperti dikongsikan seorang wanita mengenai perjalanan rumah tangganya bersama suami tercinta yang sudah 27 tahun menanti zuriat sejak berkahwin pada 1998.
BACA LAGI: 'Tak mahu terlalu fokus TTC, kini lebih positif', wanita kongsi fasa pulih selepas keguguran
BACA LAGI: [VIDEO] Pejuang TTC selama 6 tahun, pempengaruh umum hamil anak sulung, kini memasuki trimester kedua
Menerusi satu hantaran di akaun TikTok milik Ummi Dikwa, beliau memuat naik gambar kenangan pada hari pernikahan mereka.
Ketika itu beliau berusia 23 tahun manakala suaminya 29 tahun.
Dalam hantaran yang dimuat naik pada Ahad, pasangan berkenaan meluahkan impian untuk memiliki anak dan hidup bahagia bersama.
Bagaimanapun, selepas lebih dua dekad mendirikan rumah tangga, mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.
Walaupun begitu, pasangan tersebut tidak pernah menyalahkan takdir, sebaliknya terus berlapang dada dan berserah pada ketentuan Ilahi.
“Tak, kita tak gagal. Rezeki itu kan rahsia ALLAH SWT. Semoga yang baik-baik saja untuk kami,” tulisnya di ruangan kapsyen video yang meraih lebih 248,000 tanda suka setakat ini.
Perkongsian itu juga mengundang pelbagai reaksi positif daripada warga maya yang tersentuh dengan ketabahan pasangan berkenaan.
Malah, ramai yang secara spontan ‘menawarkan diri’ menjadi anak kepada pasangan tersebut, selain memanggil mereka umi dan abah.
Antara komen mencuri perhatian termasuk daripada pengguna Kiki Kepam yang memohon agar suami isteri itu mendoakan kemudahannya dalam pelajaran.
“Assalamualaikum umi dan abah. Tahun lepas abang dapat ijazah sarjana muda kelas pertama, tahun ni abang berjuang buat ijazah sarjana. Umi dan abah doakan abang ya,” tulisnya.
"Ini cucu umi ada ni. Nanti cucu umi datang melawat ya, kami dari Jengka, Pahang,” kata zaraiberahim sambal memuat naik foto anak perempuannya.
“Anak umi dah besar. Tanpa doa umi, abang tak berjaya sampai sekarang. Umi doakan abang dapat jaga umi abah ya,” ujar 5Februari. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
