[VIDEO] 'Go Alan!', murid ajak rakan sekelas hidap cerebral palsy main lompat tali, tak nak rasa dipinggirkan


  • Cinta
  • Rabu, 22 Okt 2025

Tangkap layar memaparkan gelagat beberapa murid membantu Alan bermain lompat tali. — Instagram/canguritoymama21

INISIATIF sekumpulan murid di sebuah sekolah di Colombia membantu rakan sekelas mereka yang menghidap cerebral palsy dan epilepsi untuk menyertai permainan lompat tali di sekolah, meraih perhatian warga maya.

Kejadian pada 4 Oktober lalu itu sempat dirakam ibu kanak-kanak istimewa berkenaan sebelum dikongsikan di Instagram miliknya, baru-baru ini.

Menerusi rakaman berdurasi 32 saat itu, murid lelaki bernama Alan tersebut kelihatan teruja apabila rakan-rakannya bekerjasama memastikan dirinya dapat melompat tali bersama.

BACA LAGI: 'Semoga tanggung kesakitan sama', suami khianat saat isteri terlantar sakit, isteri muda lahir anak cerebral palsy

BACA LAGI: Bayi dalam kandungan terdedah risiko 'cerebral palsy' akibat pencemaran udara — Kajian

 

 

"Go Alan!" sorak para pelajar tersebut.

Ibu Alan, iaitu Marcela mengakui terharu dengan inisiatif kecil yang dilakukan mereka.

“Rakan-rakan sekelas anak menyembuhkan jiwa saya setiap hari dengan kebaikan mereka,” tulisnya.

Video itu menarik perhatian ramai netizen di seluruh dunia yang memuji sifat empati dan semangat ditunjukkan kanak-kanak berkenaan.

"Ini adalah impian setiap ibu agar anaknya dikelilingi oleh rakan-rakan yang baik," kata martafhsantos.

"Beginilah sepatutnya dunia, saya harap semua kanak-kanak ini terus mengekalkan empati dan kebaikan dalam hati mereka," pinta 1bunnyand2cats.

"Ia mencerminkan nilai dan prinsip yang diterapkan ibu bapa kepada anak-anak mereka. Tabik hormat kepada ibu bapa dan semoga anak-anak ini sentiasa diberkati," ujar acahanta. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram