Bayi dalam kandungan terdedah risiko 'cerebral palsy' akibat pencemaran udara — Kajian


  • Sihat
  • Jumaat, 09 Ogos 2024

Kajian mengatakan pencemaran udara boleh menyebabkan bayi dalam kandungan terdedah kepada cerebral palsy. — Gambar hiasan/Agensi

PENCEMARAN udara, asap dan gas boleh menyebabkan bayi di dalam kandungan terdedah kepada risiko penyakit 'cerebral palsy', kata kumpulan doktor dan saintis yang berpangkalan di Amerika Utara.

Menulis di dalam jurnal kesihatan JAMA Network Open, kumpulan penyelidik Universiti Harvard berkata, menghidu partikel halus berisiko meningkatkan keadaan penyakit itu yang dikesan menjadi punca paling kerap berlaku kecacatan bayi.

Penyakit itu boleh ditemukan antara satu hingga empat bagi setiap 1,000 kelahiran, bergantung pada lokasi.

BACA LAGI: [VIDEO] Sampai ada yang patah tulang rusuk, pengunjung pantai Mykonos bertempiaran lari akibat hempasan ombak kuat

BACA LAGI: [VIDEO] Tuhan bayar 'cash', pencuri maut terperosok bawah bas lepas larikan telefon warga emas

Partikel tersebut dihuraikan sebagai PM2.5. PM merujuk kepada zarah manakalan nombor pula adalah saiz zarah tersebut.

Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) menerangkan PM2.5 sebagai zarah yang halus, berdiameter lebih kecil daripada 2.5 mikrometer.

Kumpulan penyelidik membuat kesimpulan selepas menjalankan kajian menerusi maklumat daripada 1.5 juta bayi baru lahir.

Mereka juga mahu membuat susulan terhadap kajian awal bagi mencari hubungkait pencemaran udara terhadap bayi dalam kandungan dan perkembangan saraf pada awal kelahiran jika ada kaitan dengan cerebral palsy.

Kajian terdahulu menunjukkan pencemaran udara boleh mempengaruhi janin dalam kandungan ibu, dan penyelidik memberi amaran bahawa perkembangan otak bayi bermula seawal minggu ketiga kehamilan dan berterusan sehingga bayi dilahirkan.

Kajian yang diterbitkan pada Mac lalu oleh Persatuan Perubatan Amerika menunjukkan kandungan yang terdedah kepada pencemaran udara boleh menyebabkan bayi menghidap asma.

Sekitar dua per tiga kematian yang berkaitan dengan pencemaran udara berlaku di Asia sejak beberapa tahun kebelakangan ini, manakala tahap pencemaran udara di Eropah dan Amerika Utara kekal berada di tahap yang dilabelkan sebagai sihat, kata Universiti Chicago menerusi kajian yang diterbitkan pada 2023. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram