[VIDEO] Isteri diplomat kongsi 7 perkara dilakukan suami bantu ‘survive’ di perantauan


  • Cinta
  • Jumaat, 10 Okt 2025

Sebagai isteri diplomat, beliau sering menjadi tuan rumah majlis makan atau acara kecil. 

MEMEGANG status sebagai isteri diplomat di luar negara bukan sekadar menghadiri majlis glamor atau bersosial dalam acara rasmi. 

Sebaliknya ia menuntut perjalanan mental, ketabahan emosi dan sistem sokongan yang kukuh.

Bagi seorang wanita Malaysia yang setia menemani suaminya bertugas di pelbagai negara, setiap pengalaman menjadi pelajaran berharga.

BACA LAGI: Enggan tinggal kerjaya PTD, Nurul Hidayati semakin adaptasi hidup sebagai isteri pereka fesyen

BACA LAGI: Isteri saya pengundi di Malaysia, boleh dianggap sebagai ahli politik — Takiyuddin

“Saya bersyukur kerana suami sentiasa menjadi sumber kekuatan. 

"Sokongan daripadanya sangat besar maknanya, terutama ketika berdepan kesunyian dan cabaran menyesuaikan diri di tempat orang,” katanya menerusi hantaran di akaun TikTok syerrysyedomar.

Beliau turut berkongsi tujuh perkara utama dilakukan suaminya yang banyak membantu beliau bertahan di perantauan.

1. Tidak kedekut beli aksesori unik

Katanya, tidak semestinya mahal, tetapi aksesori yang unik boleh menjadi topik perbualan pada majlis rasmi.

“Saya bukan jenis yang pandai berbual dalam acara formal. Jadi, aksesori yang rare boleh jadi ‘ice-breaker’ membantu saya memulakan perbualan,” tulisnya.

2. Bantu fikir menu sesuai ketika anjurkan majlis

Sebagai isteri diplomat, beliau sering menjadi tuan rumah majlis makan atau acara kecil. 

Baginya, sokongan suami dalam merancang menu menjadi sangat penting.

“Kami mahu tetamu luar negara mengenali dan mengagumi makanan Malaysia. Apabila berada di luar negara, kita perlu ada hobi atau minat supaya minda tidak tepu. 

"Kalau tidak, ia boleh menjejaskan kesihatan mental,” katanya.

3. Etika, protokol majlis rasmi

Suaminya juga tidak pernah jemu mengajarnya tentang protokol majlis termasuk etika ketika bersalam dan bergaul dengan tetamu dari pelbagai latar belakang.

“Perkara kecil seperti cara memberi salam atau menyapa orang penting boleh memberi tanggapan besar kepada imej negara,” jelasnya.

4. Sentiasa sokong hobi isteri

Daripada aktiviti membakar kek, berlari hingga cafe hopping, suaminya sentiasa memberi galakan.

“Saya minat membuat kek, jadi suami hadiahkan mesin pengadun klasik. Sudah 18 tahun saya masih gunakannya, ia antara hadiah paling bermakna,” katanya.

5. Bantu semak dan olah ucapan rasmi

Apabila perlu menjadi hos atau menyampaikan ucapan di majlis rasmi, suaminya akan membantu menyemak draf ucapan supaya mesej disampaikan dengan yakin dan berkesan.

“Beliau faham tekanan apabila saya kena berucap depan tetamu antarabangsa. Jadi beliau bantu betulkan ayat, supaya lebih yakin,” katanya.

6. Galak berkawan dengan warga tempatan dan antarabangsa

Beliau mengakui dorongan suaminya untuk bergaul dengan masyarakat luar menjadikannya lebih terbuka dan berfikiran global.

“Suami selalu kata, kawan dengan orang luar bukan sekadar untuk bersosial, tapi  memperkenalkan Malaysia kepada dunia,” akuinya.

7. Ingatkan untuk sentiasa bersyukur dan berpandangan positif

Walau di mana pun mereka ditempatkan sama ada di negara maju seperti Switzerland atau negara membangun seperti Myanmar, suaminya sering mengingatkan agar melihat sisi positif setiap tempat.

“Beliau selalu pesan, syukuri di mana pun kita berada. Ambil yang baik dari setiap negara, itu yang menjadikan pengalaman hidup kita lebih kaya,” katanya.

Beliau menambah, meskipun suaminya sibuk, lelaki itu sentiasa memberi ruang untuknya berdikari.

“Dia selalu biarkan saya berdikari sebab kalau ditakdirkan dia tiada nanti, saya boleh bertahan di mana-mana,” ungkapnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram