
INISIATIF seorang pensyarah undang-undang di Inter-American University for Development, Mexico, Profesor Moises Reyes Sandoval, mencuri perhatian dunia selepas gambarnya mendukung bayi salah seorang pelajar tular di media sosial.
Memetik laporan media antarabangsa, foto berkenaan diambil pada 2016, namun tular semula baru-baru ini.
Bayi tersebut adalah anak kepada pelajar Sandoval berusia 22 tahun ketika itu, Yalena Salas, yang tekad meneruskan pengajian walaupun berdepan pelbagai tanggungjawab sebagai ibu muda.
BACA LAGI: [VIDEO] Abang Foodpanda tegas, ‘halau’ penumpang lelaki duduk koc wanita dalam MRT
Menurut Sandoval, kejadian itu berlaku ketika beliau menyampaikan kuliah berkenaan undang-undang antarabangsa.
Bayi Salas mula menangis, menyebabkan si ibu sukar menenangkan anaknya sambil menumpukan perhatian terhadap pembelajaran.
Melihat keadaan itu, Sandoval mengambil bayi tersebut ke dalam dukungannya, membolehkan pelajar berkenaan mencatat nota tanpa gangguan.
Beliau kemudian berkongsi momen itu di akaun Facebook peribadinya pada 6 Julai 2016, dengan kapsyen dalam bahasa Sepanyol.
Beliau membentangkan banyak inisiatif dan undang-undang berkaitan isu-isu awam semasa berkhidmat sebagai wakil rakyat.
“Saya mempunyai seorang pelajar yang tidak berhenti belajar walaupun memegang pelbagai peranan.
"Jadi saya memutuskan untuk mendukung anaknya supaya dia dapat menulis nota tanpa mengganggu kelas,” tulisnya.
Dalam gambar yang tular itu, Sandoval dilihat mendukung bayi dengan penuh kasih sayang sambil meneruskan sesi kuliah, manakala pelajarnya kembali memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga pengguna Facebook turut berkongsi pengalaman membawa anak ketika menghadiri kelas.
"Ketika di UIA (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), saya bawa anak masuk ke kelas.
"Kawan juga ada yang begitu sebab kelas saya semasa hujung minggu. Pensyarah okey saja, siap seluk bekas keropok anak saya sambil mengajar," kata Nurul Fariza Adenan.
"Saya pun pernah bawa anak ke kelas, masa belajar hujung minggu di UMS TH 2006 hingga 2009. Perjuangan mesti diteruskan," tulis Noruslida Ab Halim.
Untuk rekod, Sandoval pernah berkhidmat sebagai wakil rakyat untuk parti Morena dalam Kongres Negeri Guerrero di selatan Mexico.
Beliau telah membentangkan banyak inisiatif dan undang-undang berkaitan isu-isu awam semasa penggalnya.
Pada September 2025, beliau dilantik sebagai penasihat kepada la ponencia del ministro Arístides Rodrigo Guerrero García di Supreme Court of Justice of the Nation (SCJN), berkaitan isu kontroversi perlembagaan antara pihak berkuasa tempatan di Acapulco dan audit negeri.
Beliau juga datang daripada keluarga yang aktif dalam gerakan sosial di Guerrero. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram