'Muka ikut abah, kakak saja', Nina Ismail umum nama anak lelaki, Heizo Nika Hafiz gabung Jepun, Yunani dan Arab


  • Bonda
  • Khamis, 09 Okt 2025

Nina Ismail berkongsi wajah dan mengumumkan nama anak lelakinya yang baru dilahirkan pada 1 Oktober lalu. — Threads/ninaismailsabri

USAHAWAN dan personaliti media sosial, Nina Sabrina Ismail Sabri berkongsi wajah dan mengumumkan nama anak lelakinya yang baru dilahirkan pada 1 Oktober lalu.

Diberi nama Heizo Nika Hafiz, anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu meluahkan rasa syukur dan gembira atas kehadiran cahaya mata baharu dalam keluarganya.

“Alhamdulillah atas anugerah yang berharga ini. Kehadiranmu melengkapi kami, Heizo,” tulisnya menerusi hantaran di Threads pada Khamis.

BACA LAGI: Nina, suami timang bayi lelaki, selamat bersalin secara czer

BACA LAGI: Nina sambut ‘babymoon’ di Pulau Maldives, teruja menanti kelahiran cahaya mata ke-2

Dalam perkongsian sama, Nina Sabrina turut berseloroh mengenai wajah anaknya yang dikatakan menyerupai suami, Hafiz Osman dan anak perempuannya, Jeannelle Nika Mandagie.

“Selama sembilan bulan dia selesa dalam perut ibu, tapi bila lahir, muka ikut abah dan kakak saja.

"Swipe sampai hujung untuk lihat gambar bayi abah dan kakak,” selorohnya.

Selain memperkenalkan nama, beliau juga menjelaskan makna di sebalik nama penuh puteranya, yang menggabungkan unsur Jepun, Yunani dan Arab.

Menurutnya, Heizo merupakan nama Jepun yang membawa maksud 'asas yang damai' atau 'dasar kedamaian', mencerminkan kestabilan dan ketenangan.

Nama itu juga dikaitkan dengan makna kekuatan dan keharmonian.

Sementara itu, Nika berasal daripada bahasa Yunani, bermaksud kemenangan, merujuk kepada dewi Nike atau kata kerja 'menakluk'.

Dalam budaya lain, nama tersebut membawa maksud 'sangat baik' atau 'suci' dalam bahasa Parsi dan 'datuk' dalam bahasa Pashto.

Sementara nama terakhir, Hafiz, berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud 'penjaga', 'pelindung' atau 'orang yang mengingati'. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram