Isteri saya pengundi di Malaysia, boleh dianggap sebagai ahli politik — Takiyuddin


  • Primer
  • Ahad, 16 Okt 2022

Takiyuddin (tengah) ketika hadir pada Majlis Penutup Program Pendakian 121 Puncak di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) pada Ahad.

"ISTERI saya adalah pengundi di Malaysia, jadi dia boleh dianggap sebagai orang politik (kerana) pendungi adalah ahli politik".

Itu jawapan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkenaan dakwaan yang mengatakan dirinya menikahi ahli politik wanita berstatus menteri kabinet.

Takiyuddin yang juga penyandang kerusi Parlimen Kota Bharu berkata demikian ketika ditanya mengenai khabar angin yang mengatakan beliau mengahwini seorang ahli politik popular.

Khabar angin Menteri Tenaga dan dan Sumber Asli itu mengahwini seorang ahli politik wanita yang juga rakan kabinetnya bertiup kencang sejak April lalu.

Sementara itu, ketika berucap dalam majlis berkenaan, Takiyuddin turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokongnya sepanjang setahun dua bulan menerajui Kementerian Tenaga dan dan Sumber Asli.

Jelasnya, sepanjang tempoh itu pelbagai usaha telah dilakukan untuk menambahbaik kementerian tersebut. — Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram