
KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) UOB Malaysia, Ng Wei Wei, disenaraikan dalam Fortune Most Powerful Women in Asia 2025.
Senarai itu mengiktiraf 100 pemimpin berpengaruh yang mendorong transformasi di seluruh rantau Asia.
Ng, yang berada di tangga ke-95, mencipta sejarah pada tahun 2022 apabila menjadi wanita pertama dilantik sebagai CEO UOB Malaysia. Beliau kembali menyertai UOB pada tahun 2019 selepas lebih sedekad berkhidmat di HSBC.
BACA LAGI: Akui sukar imbang akademik, kerjaya dan keluarga, Dr. Amalina buktikan mampu genggam PhD
Bagi tahun kewangan 2024, UOB Malaysia mencatatkan peningkatan 15.9 peratus keuntungan sebelum cukai berbanding tahun sebelumnya.
Kini, bank tersebut memberi tumpuan kepada zon ekonomi Johor, yang terletak secara strategik di sepanjang sempadan Malaysia–Singapura.
Ng merupakan antara empat pemimpin wanita Malaysia yang tersenarai dalam Fortune Most Powerful Women in Asia 2025, bersama Teh Mun Hui dari Capital A, Joanne Rodrigues dari Affin Bank, dan Nurul A’in Abdul Latif dari PwC Malaysia.
Menurut Fortune, senarai Most Powerful Women Asia tahun ini menghimpunkan 100 pemimpin yang bijak memanfaatkan ketidaktentuan serantau dan global untuk kelebihan perniagaan masing-masing.
Mereka dipilih oleh editor Fortune berdasarkan kesan yang boleh diukur, jangkauan strategik, serta keupayaan membentuk masa depan, merangkumi pengasas, CEO, dan eksekutif kanan yang pengaruhnya melangkaui sempadan dan industri. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram