Murid sekolah kerajaan, murid OKU bakal terima bantuan awal persekolahan RM150, pihak sekolah akan serah kepada ibu bapa


  • Bonda
  • Jumaat, 10 Okt 2025

Kerajaan memperuntukkan RM800 juta Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 buat murid sekolah. —  Gambar hiasan

SEMPENA Belanjawan MADANI 2026, pihak kerajaan akan memastikan anak-anak keluarga susah mendapat pelajaran demi masa depan lebih baik.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua 5.2 juta murid sekolah kerajaan akan menerima RM150 Bantuan Awal Persekolahan dengan peruntukan RM800 juta.

BACA LAGI: RM1.26 bilion perkasa kebajikan warga emas, Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 2025–2045 bakal lancar November ini

BACA LAGI: Murid sekolah kerajaan, murid OKU bakal terima bantuan awal persekolahan RM150, pihak sekolah akan serah kepada ibu bapa

"Mulai 2026, penyaluran bantuan akan dibuat di sekolah melalui guru kepada ibu bapa, ini bagi memastikan hubungan baik antara guru dan ibu bapa demi pendidikan lebih baik anak-anak.

"Semua 150,000 murid OKU (orang kelainan upaya) turut menerima elaun RM150 sebulan dengan peruntukan RM270 juta.

"Selari dengan tuntutan literasi digital, televisyen pintar akan dibekalkan kepada 10,800 kelas prasekolah, taska dan tabika seluruh negara dengan kos RM70 juta," katanya ketika membentangkan Belanjawan MADANI 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Dalam pada itu, Anwar mengumumkan bahawa bantuan am persekolahan turut diperluas kepada murid daripada keluarga miskin sehingga ke tingkatan lima, berbanding hanya sehingga tingkatan tiga sebelum ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, sebanyak RM180 juta diperuntukkan untuk tujuan tersebut bagi memastikan tiada murid tercicir daripada mendapat pendidikan menengah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram