Nina, suami timang bayi lelaki, selamat bersalin secara czer


  • Bonda
  • Jumaat, 03 Okt 2025

Berita gembira itu dikongsikan oleh Nina menerusi Instagram beliau pada Khamis. — Instagram/@ninaismailsabri

USAHAWAN dan personaliti media sosial, Nina Sabrina Ismail Sabri, selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada Rabu lalu.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri oleh Nina menerusi hantaran di Instagram Stories beliau pada Khamis.

Anak bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu turut memuat naik foto detik sejurus selepas melalui pembedahan caesarean dan kelihatan suaminya, Hafiz Osman menggendong bayi mereka.

BACA LAGI: Dari ladang ke almari pakaian, fesyen lestari SukkhaCitta angkat martabat wanita desa

BACA LAGI: Cinta berputik sejak remaja, suami isteri pencipta Barbie dan Hot Wheels ubah dunia permainan kanak-kanak

Terdahulu, pada April lalu, Nina mengumumkan kehamilannya menerusi posting di Instagram beliau

Sekadar info, Nina dan Hafiz mendirikan rumah tangga pada 24 November 2024.

Terdahulu, anak sulung daripada empat beradik itu pernah berkahwin dengan pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie pada 11 Disember 2013, namun perkahwinan sedekad tersebut berakhir dengan perceraian pada Ogos 2023.

Hasil perkongsian hidup bersama Jovian, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia tujuh tahun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram