
USIA lanjut bukan penghalang bagi seorang pendidik yang dikenali sebagai Ibu Janah untuk setia mencurahkan ilmunya di Madrasah Aliyah (MA) Miftahul Ulum Tamban, Kalimantan Selatan, Indonesia.
Walaupun bersara sejak 2001, beliau yang kini berusia 88 tahun tetap enggan meninggalkan dunia pendidikan yang menjadi sebahagian daripada hidupnya sejak lebih lima dekad lalu.
“Walaupun saya tidak mendapat gaji, yang penting adalah terus mengajar,” katanya, menegaskan bahawa profesion guru adalah panggilan jiwa yang tidak boleh ditinggalkan.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Muda dulu sibuk kerja', bekas guru usia 82 tahun aktif sertai kelas tarian, pasukan sorak
Sejak 1967, Ibu Janah telah berkhidmat di Kalimantan Tengah sebagai guru bahasa Inggeris dan Fizik.
Semangatnya bukan sahaja memberi inspirasi kepada generasi pelajar baharu, malah turut membekas dalam diri para guru yang dahulunya pernah menjadi murid beliau.
Setiap hari, beliau tetap hadir di kelas, mengajar dengan penuh dedikasi meskipun berdepan cabaran usia dan keterbatasan fizikal.
Ibu Janah berhasrat untuk terus menjadi insan berguna pada usia senja dengan mendidik anak bangsa.
Dedikasi beliau menjadi contoh nyata bahawa menjadi guru bukan sekadar pekerjaan, sebaliknya ia adalah perjalanan sepanjang hayat. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram