
PELAKON dan penyanyi Selena Gomez selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Benny Blanco, dalam majlis yang berlangsung di California, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu lalu.
Majlis tertutup itu dihadiri kira-kira 170 tetamu, termasuk rakan selebriti ternama seperti bintang pop, Taylor Swift serta penyanyi dan penulis lagu, Ed Sheeran.
Seorang tetamu yang hadir berkongsi pengalaman menerima beg hadiah atau goodies bag eksklusif yang diberikan kepada setiap jemputan.
BACA LAGI: Selepas 2 tahun menyulam cinta, Selena Gomez dan Benny Blanco akhirnya disatukan
BACA LAGI: Berstatus bilionair di usia muda, Selena Gomez luaskan pengaruh luar dunia hiburan
A wedding guest at Selena Gomez’s wedding shows off welcome gifts she received! pic.twitter.com/iAlHySvft7
— Selena Gomez News (@SGomezNewsCOMs) September 30, 2025
“Pertama sekali, kami dapat set produk Rare Beauty (jenama kosmetik dan produk penjagaan diri milik Gomez), mungkin terdiri daripada pelembap dan semburan solekan.
“Kemudian ada botol sos pedas madu habanero dengan pelekat khas bergambar pasangan pengantin, ia sangat comel.
"Selain itu, ada juga snek seperti bertih jagung, Vitamin Tic-Tac, air mineral dan gula-gula lolipop,” katanya menerusi perkongsian video di laman X (Twitter).
Difahamkan, Gomez berkolaborasi dengan sebuah jenama sos pedas bagi menghasilkan edisi khas habanero honey hot sauce yang diberikan eksklusif sempena majlis perkahwinannya.
Perkongsian tersebut nyata mencuri tumpuan warga maya, yang teruja melihat sentuhan peribadi pelantun lagu Love You Like a Love Song dalam meraikan tetamu di hari bahagianya.
Untuk rekod, hubungan Gomez dan Benny mula menjadi perhatian sejak 2023 apabila kedua-duanya tampil secara terbuka sebagai pasangan kekasih.
Mereka pertama kali bekerjasama pada 2015 ketika Benny turut menghasilkan single Gomez berjudul Same Old Love.
Kerjasama itu berlanjutan menerusi lagu I Can’t Get Enough (2019) dan Single Soon (2023), sebelum akhirnya mereka melancarkan album bersama, I Said I Love You First, awal tahun ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram