Johor cipta rekod MBOR, penyertaan 5,489 anak istimewa di Karnival Kebolehpasaran MBK Kebangsaan 2025


  • Massa
  • Isnin, 29 Sep 2025

JPN Johor cipta rekod terbanyak kehadiran murid berkeperluan pendidikan khas dalam karnival bersejarah.

JABATAN Pendidikan Negeri (JPN) Johor melakar sejarah apabila berjaya mencatat rekod kebangsaan dengan penganjuran Karnival Kebolehpasaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2025 yang menghimpunkan penyertaan terbesar murid berkeperluan khas di negara ini.

Acara yang berlangsung di Toppen Shopping Centre dekat Tebrau, Johor dari 26 hingga 28 September lalu itu merekodkan kehadiran seramai 5,489 murid.

Lebih membanggakan lagi, karnival itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai “Largest Special Needs Turnout in a Carnival”.

BACA LAGI: 'Culture shock' peroleh gaji RM5,000 sebulan, wanita terjerat hutang RM25,000 akibat gaya hidup ‘Buy Now, Pay Later’

BACA LAGI: Tak perlu validasi orang lain, banyak tersenyum antara 5 tanda anda lebih bahagia hidup solo, jangan skip point 3

Sijil pengiktirafan rasmi diserahkan wakil MBOR, Siti Hajar Johor kepada Pengarah Pendidikan JPN Johor, Mohd Hanafi Samad bersama Pengarah Bahagian Profesionalisme Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Rohayati Abd Hamed.

 

 

 

 

Karnival Kebolehpasaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2025 merekodkan kehadiran seramai 5,489 murid.

Menurut Rohayati, kejayaan itu bukan sekadar pencapaian angka, tetapi simbol sokongan, penghargaan dan keterangkuman terhadap murid berkeperluan khas.

“Bukti sokongan padu daripada guru, ibu bapa, komuniti dan kerajaan jelas menunjukkan murid berkeperluan pendidikan khas mampu menyerlah serta diberi ruang besar untuk memberi manfaat dalam masyarakat,” katanya dalam satu kenytaan media pada Isnin..

Karnival tiga hari itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk persembahan artis tanah air, pertandingan peringkat kebangsaan, pameran hasil karya kreatif, inovasi, jualan produk sekolah dan reruai interaktif oleh pelbagai agensi serta pertubuhan.

Penganjuran bersejarah itu turut membuktikan komitmen negara dalam memperkukuh nilai inklusiviti dan mengangkat potensi murid berkeperluan khas di arus perdana.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram