Tak sanggup tengok badan makin susut, wanita tetap masak makanan untuk bekas suami


  • Cinta
  • Isnin, 29 Sep 2025

Tidak sanggup melihat keadaan bekas suami berterusan begitu, wanita itu mengambil keputusan kembali memasak buat bekas suaminya. — Gambar janaan AI

MESKI sudah berpisah, seorang wanita dengan rela hati memilih untuk kembali menyediakan hidangan buat bekas suaminya.

Menerusi perkongsian di Threads milik pengguna akaun bernama natasharoslan93, wanita itu berkata, pada mulanya beliau mengambil sikap tidak peduli terhadap bekas suami selepas berpisah.

Namun, beberapa bulan kemudian wanita tersebut mulai perasan keadaan lelaki berkenaan semakin terabai sehingga badannya kelihatan susut.

BACA LAGI: Perceraian bukan 'broken family', ibu kongsi kisah didikan anak penuh kasih sayang

BACA LAGI: Cinta selepas kahwin bertukar mimpi ngeri, wanita didesak suami jadi penjamin hutang 'ah long' RM30,000

 

 

“Marah tu marah lah, tapi apabila tengok dia terabai makan minum dan susut badan, saya tak boleh.

"Lagipun dia orang yang pernah kita sayang,” tulisnya pada Isnin.

Tidak sanggup melihat keadaan bekas suami berterusan begitu, wanita itu akhirnya mengambil keputusan untuk kembali memasak makanan buat bekas suaminya.

“Hasilnya...wala jadi manusia balik,” ujarnya berseloroh.

Wanita berkenaan turut berkongsi, sejak awal perkahwinan hingga 13 tahun bersama, memang beliau yang menyediakan makanan untuk bekas suaminya kerana lelaki itu tidak gemar makan di luar.

“Dia tak suka makan luar, sama perangai macam anak-anak. Kita yang jemu makan sendiri.

"Saya memang suka memasak, jadi ajaklah dia makan sekali tapi dia yang bayar barang dapur, jadi jimatlah saya,” jelasnya.

Kisah itu mencetuskan pelbagai reaksi warga maya yang terharu dengan sikap prihatin wanita tersebut.

Tidak kurang juga yang memuji tindakannya masih menjaga kebajikan bekas suami meskipun sudah berpisah.

"Tak mengapa berkawan dengan bekas pasangan, asalkan awak bahagia, kami pun tumpang gembira untuk awak juga," komen orked_ayaana.

"Kalau kedua-duanya tahu cara nak uruskan harapan masing-masing, tak ada masalah. Memang bukan perkara biasa, tapi masih boleh diterima," tulis emmsshar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram