
SEORANG wanita Jepun berusia 63 tahun mengejutkan ramai apabila berkahwin dengan teman lelaki berusia 31 tahun, menjadikan enam tahun lebih tua daripada ibu mentuanya.
Pasangan berkenaan, yang mesra memanggil diri masing-masing sebagai 'Puteri' dan 'Putera' itu mendedahkan kisah cinta mereka bermula secara kebetulan selepas bertemu pada Ogos 2020.
Memetik laporan Chanto Web, Azarashi sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga lebih dua dekad sebelum bercerai pada usia 48 tahun dan membesarkan anaknya sebagai ibu tunggal.
BACA LAGI: Kahwin sebelum umur 25 bukan beban, 5 'trick' kumpul duit, tak perlu berhutang, harap tajaan
BACA LAGI: Ramai anak muda ingin kahwin tapi terhalang faktor kos sara hidup, kerja tak stabil — Nancy
Selepas melalui beberapa percubaan aplikasi janji temu, beliau memilih untuk menjalani kehidupan solo dengan menguruskan perniagaan pakaian haiwan peliharaan sambil menjaga beberapa ekor anjing.
Segalanya berubah apabila beliau menemui telefon bimbit yang hilang di sebuah kafe di Tokyo.
Pemilik telefon itu, seorang lelaki muda, datang mengambilnya kembali. Seminggu kemudian, mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam trem sebelum bertukar nombor telefon.
Sejak itu, mereka mula berbual lebih sejam setiap malam.
“Tidak kira apa saya bicarakan, sama ada mengenai kerja, kehidupan harian atau hobi, dia memahami.
"Saya dapat rasakan minatnya yang ikhlas terhadap saya dan itu membuatkan saya bahagia,” kata Azarashi.
Azarashi sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga lebih dua dekad sebelum bercerai pada usia 48 tahun. — Agensi
Hubungan mereka semakin serius apabila lelaki itu menyerahkan sepucuk surat cinta ketika janji temu pertama.
"Jadilah puteriku," tulisnya.
Hanya selepas sebulan bercinta, mereka menyedari jurang umur sebenar masing-masing.
Anak lelaki Azarashi, yang lebih tua enam tahun daripada kekasih ibunya itu, memberikan sokongan sejak awal, namun ibu lelaki berkenaan pada mulanya membantah kerana lebih muda daripada Azarashi.
Bagaimanapun, akhirnya akur dengan pilihan anaknya.
Pasangan tersebut mendaftarkan perkahwinan mereka pada Hari Krismas 2022.
Selepas tiga tahun, hubungan mereka kekal mesra, berkongsi tugas rumah tangga dan turut mengendalikan sebuah agensi perkahwinan bersama.
Berita mengenai perkahwinan pasangan berbeza usia itu menimbulkan reaksi bercampur di media sosial.
Ada yang memuji Azarashi kerana kelihatan muda, yakin diri dan berdikari, manakala segelintir melontarkan keraguan terhadap kesetiaan suaminya pada masa depan.
“Selagi kami bahagia sekarang, itulah yang paling penting. Jika suatu hari nanti dia memilih untuk berkahwin lagi, dia perlu menanggung dirinya sendiri," ujar Azarashi yang kekal positif.
Fenomena percintaan jarak usia besar semakin mendapat perhatian di seluruh dunia.
Di Jepun, seorang lelaki berusia 23 tahun pernah jatuh cinta dengan nenek rakan sekelasnya berusia 83 tahun, manakala di tenggara China, seorang wanita perniagaan berkahwin dengan lelaki Rusia lebih muda 20 tahun daripadanya dan baru-baru ini mengumumkan kehamilan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram