[VIDEO] ‘Bukan harganya, tetapi pengorbanan', air mata Elisya tumpah suami buat ‘suprise’ hadiahkan rantai tangan idaman


  • Cinta
  • Sabtu, 20 Sep 2025

Uzair Haqimy (kiri) menghadiahkan seutas gelang emas buat isteri tercinta, Elisya Sandha (kanan).

PELAKON popular, Elisya Sandha tidak mampu menahan air mata apabila suaminya, Uzair Haqimy menghadiahkan seutas gelang emas yang menjadi idamannya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Elisya memuat naik rakaman video saat dirinya terharu menerima kejutan tersebut. 

Dalam rakaman itu, Elisya dilihat menangis sebaik sahaja membuka kotak berisi gelang berkenaan.

“Tak payahlah beli, simpan duit,” ujar Elisya sambil sebak, sebelum mendoakan rezeki suaminya sentiasa dimurahkan.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Di luar negara dah popular', graduan USM abadi momen indah majlis perkahwinan, lukis secara 'live'

BACA LAGI: [VIDEO] Lukisan inai Maisarah penyeri tangan pengantin, motif flora simbolik mekarnya cinta rai hari bahagia

Uzair pula sempat membalas di ruangan komen, menjelaskan bahawa dia bekerja keras mencari rezeki juga untuk isterinya tercinta.

I kerja untuk awak, sayang," katanya. 

Mengulas momen itu, Elisya berkata segalanya bermula ketika mereka membeli emas untuk ulang tahun kelahiran ibu mentuanya.

“Saya ternampak gelang itu lalu cakap pada suami, ‘cantik kan b? Tapi emas mahal sekarang, nanti lah beli kalau ada rezeki lebih.’

“Tak sangka, keesokan harinya dia pulang dari kerja dan terus surprise saya dengan gelang tu,” kongsinya.

Elisya mengakui dia menangis kerana menghargai pengorbanan suaminya, bukan kerana nilai barangan tersebut.

“Jujurnya saya menangis sebab ia bukan tentang harga, tetapi tentang cinta di sebaliknya. Walaupun dia sedang berjuang, dia tetap memilih untuk menggembirakan hati saya.

"Terima kasih sayang. Semoga rezeki awak semakin murah. Tolong aminkan doa saya, korang,” katanya.

Perkongsian tersebut mendapat reaksi ramai warga maya yang turut tersentuh dengan pengorbanan Uzair serta keikhlasan cinta pasangan itu.

“Secara jujurnya, Uzair memang baik orangnya. Lembut dan penuh hormat bila bercakap. Pernah bekerja dengan dia walaupun sekejap. Elisya, awak beruntung dapat suami yang menghargai setiap pengorbanan awak untuk keluarga. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah, aamiin," kata Sunita Ita.

“Tidak mengapa, suami yang membahagiakan isteri akan bertambah murah rezekinya," kata Farah Eezora Fes. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram