Ibu kecewa bilik menyusu bayi disalah guna, dakwa lelaki sengaja bawa anak 'membuang' di sinki


  • Bonda
  • Ahad, 14 Sep 2025

Fasiliti bilik menyusu dan menukar lampin bayi merupakan tanggungjawab masyarakat bersama. — Gambar hiasan/Janaan AI

DALAM usaha memberikan keselesaan kepada pengguna lebuh raya, kebanyakan kawasan Rehat & Rawat (RnR) kini dilengkapi dengan kemudahan mesra keluarga seperti bilik menyusu dan ruang menukar lampin bayi.

Fasiliti itu sepatutnya digunakan dengan penuh sebaiknya bersama namun, ada segelintir individu tidak bertanggungjawab didakwa sengaja mengambil kesempatan dan menyalahgunakan ruang tersebut.

Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila mendapati bilik menukar lampin di RnR Jejantas Sungai Buloh, Selangor disalah guna oleh seorang bapa.

BACA LAGI: Pengembara wanita kongsi pengalaman situasi rusuhan di Nepal, sebelum daki Himalaya siap siaga 4 perkara ini

BACA LAGI: [VIDEO] 'Pressure dia sejak kecil', Remy Ishak daftar anak prasekolah, kelas renang demi perkembangan sihat

Menurut perkongsian di laman Threads, wanita berkenaan pada mulanya mahu menggunakan bilik tersebut selepas bayinya membuang air besar.

Fasiliti bilik menyusu bayi kini tersedia di beberapa pusat perhentian RnR serata negara. — Gambar hiasan

 

Bagaimanapun, pintu bilik itu didapati berkunci dari dalam untuk tempoh agak lama tanpa sebarang respon walaupun diketuk berulang kali.

Keadaan itu menimbulkan tanda tanya kerana bilik tersebut biasanya digunakan oleh ibu menyusu atau penjaga yang ingin menukar lampin bayi.

Seorang pekerja pembersihan kemudiannya cuba mengetuk pintu berkenaan, namun masih tiada jawapan.

"Akak cleaner tu pun cuba ketuk still sama jugak no respond then akak tu suruh kawan laki dia cuba buka pintu tu.

"Belum sempat buka pintu, then suddenly ada bapak orang ni dengan sorang budak laki around dua tahun kot keluar.

"Then saya masuk tengok dekat sinki tu penuh tahi ya siap terapung pakej tersumbat sekali, saya terus keluar pekik abang tu tadi cakap bang, tahi dekat sinki ni tolong bersihkan balik, orang lain pun nak guna juga," katanya.

 

 

Lebih mengecewakan, lelaki terbabit didakwa enggan mengaku dan menafikan ia berpunca daripada anaknya.

"Tangan kosong saja dia keluar, tak nampak pun bawa beg lampin atau apa-apa. Bila ditanya, dia selamba jawab itu bukan anak dia punya, memang dah ada dalam tu. Kalau begitu, kenapa lama sangat terkunci dari tadi," ujarnya lagi.

Insiden tersebut bukan sahaja menimbulkan rasa marah malah turut menjejaskan pengguna lain yang ingin menggunakan kemudahan tersebut.

Wanita berkenaan dalam masa menasihati ibu bapa supaya lebih peka dan bertanggungjawab ketika menggunakan bilik menyusu atau ruang menukar lampin di mana-mana fasiliti awam.

"Kalau guna, pastikan bersihkan semula macam keadaan asal supaya orang lain pun boleh guna dengan selesa," katanya lagi.

Kejadian itu menjadi peringatan kepada semua ibu bapa dan pengguna fasiliti awam agar lebih berdisiplin serta bertimbang rasa satu sama lain.

Ruang bilik menyusu dan menukar lampin disediakan khusus untuk memudahkan urusan keluarga, namun jika disalah guna, ia bukan sahaja menyusahkan orang lain malah menjejaskan imej masyarakat.

Maka, sikap prihatin dan tanggungjawab bersama amat penting bagi memastikan kemudahan awam dapat digunakan dengan selesa serta memberi manfaat kepada semua. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram