
SEBAK dan kelu lidah. Itu yang dirasai seorang guru apabila salah seorang muridnya menghulurkan surat kematian bapa kepada beliau.
Tidak mampu menzahirkan kata-kata, guru wanita berkenaan hanya memeluk erat murid tersebut sebagai tanda sokongan dan semangat buat anak kecil yang baru kehilangan insan tersayang.
Beliau kemudian turut memanggil seorang lagi murid di kelas sama, yang lebih awal bergelar anak yatim selepas bapanya meninggal dunia pada awal tahun ini.
BACA LAGI: Luahan guru tentang murid 'cari pasal' terima nasihat ramai
BACA LAGI: 'Kami memang tersepit', guru cerita pengorbanan guna kereta sendiri demi kembang bakat murid
Menurut guru tersebut, momen itu begitu meruntun jiwa kerana mengingatkannya kepada pengalaman peribadi sewaktu zaman persekolahan dahulu.
“Anak-anak ini mengingatkan diriku suatu masa dahulu, bila cikgu tahu aku anak yatim, beliau juga memelukku begini.
"Anak yatim ini sebaya anakku yang bongsu. Sebagai ibu bapa mereka di sekolah, tanggungjawabku adalah menaikkan kembali semangat anak-anak ini.
"Sebak sangat, teringat diri sendiri suatu masa dulu. Semoga mereka kuat semangat,” katanya menerusi hantaran di TikTok Dinde Retusa pada Selasa.
Tindakan penuh kasih sayang itu bukan sahaja menenangkan hati murid berkenaan, malah menjadi peringatan bahawa kehadiran seorang guru bukan sekadar mendidik, tetapi juga menjadi tempat berlindung dan sumber kekuatan bagi anak-anak yang berdepan ujian hidup. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram