'Kami memang tersepit', guru cerita pengorbanan guna kereta sendiri demi kembang bakat murid


  • Tular
  • Khamis, 26 Jun 2025

Para guru terpaksa menggunakan kenderaan sendiri untuk menghantar anak murid ke pertandingan. — Facebook/Abdul Muiez

TUGAS sebagai warga pendidik sememangnya mulia. Selain daripada mendidik dan membina modal insan dalam bilik darjah, guru turut memainkan peranan dalam membantu anak didiknya berjaya di luar bilik darjah.

Salah satu daripada elemen pendidik negara adalah aktiviti luar bilik darjah iaitu kokurikulum iaitu badan beruniform, sukan dan permainan serta persatuan dan kelab.

Lazimnya, setiap sekolah akan menghantar wakil bagi setiap acara melibatkan tiga cabang itu. Untuk menghantar wakil ke pertandingan, para guru perlu menggunakan cara mereka sendiri.

BACA LAGI: [VIDEO] Dibawa guna trak khas, kain Kiswah dikawal rapi dari kilang menuju Masjidil Haram

BACA LAGI: [VIDEO] Kuasa Tuhan, 4 terselamat helikopter terhempas depan restoran di AS

Menurut seorang guru, Abdul Muiez, para guru lazimnya terpaksa mengguna wang dari poket mereka sendiri untuk menghantar para pelajar ke pelbagai pertandingan.

Apabila melibatkan ramai pelajar yang terlibat seperti pertandingan bola sepak atau hoki, kos untuk menyewa bas adalah terlalu tinggi untuk ditanggung. Oleh itu, guru-guru perlu menggunakan kenderaan sendiri untuk ke pertandingan. 

"Setiap badan dalam kokurikulum ini ada aktiviti di peringkat daerah, negeri seterusnya kebangsaan. Bayangkan kalau semua badan kokurikulum ni hantar penyertaan.

"Katakan peserta ada 10 orang. Campur 'budak Milo' dua orang. Dah jadi 12 orang. Kalau hantar penyertaan lelaki dan perempuan, jumlahnya dah 24 orang. Nak naik bas? Bayaran penyertaan pun cikgu dahulukan duit sendiri. Lepastu baru claim. Mana datangnya duit nak naik bas?

"Solusinya? Lima orang guru akan keluar, hantar murid naik kereta sendiri. Bola sepak lagilah. Kalau satu pasukan 15-20 orang. Masuk pula dua kategori. Bawah 15 dan bawah 18. Dah dekat 30-40 orang. Duit minum budak, air istononik, ubat-ubatan dan lain-lain pun minta tajaan dari wakil rakyat," katanya.

Dengan sekarang ini adalah musim sukan peringkat daerah diadakan, guru-guru banyak menghantar para pelajar lokasi yang ada kalanya memerlukan perjalan sekitar satu, dua jam sehala.

Dari situ, kos seperti petrol turut memaksa para guru menggunakan wang sendiri. Jika dapat duit minyak, mereka begitu bersyukur.

"Macam saya tempoh hari. Kena hantar lima  orang murid ke program peringkat negeri di Kalumpang, Selangor. Murid berkumpul di Kuala Selangor. Nak suruh siapa bawa? Siapa lagi, sayalah bawa sendiri. Sejam perjalanan sehala. Pergi balik dua jam.

"Tempoh hari ada bawa budak ke Shah Alam. Perjalanan sehala kurang lebih dua jam. Pergi balik dah empat jam. Suka atau tak, kenderaan sendirilah yang akan keluar.

"Ada duit minyak? Syukur sangat kalau dapat," ujarnya.

Bagi Muiez, para guru nyata tersepit dalam rasa ingin melihat anak murid berjaya dalam kokurikulum dengan keperluan menjaga poket sendiri.

Jika para guru tidak bertindak seperti mereka lakukan sekarang, bagaimana anak murid hendak pergi bertanding? — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram

guru, MSSD, jasa guru, badan beruniform, Selangor