[VIDEO] Elak lagu galau, rosak mood tetamu, Chef Zam tegur pemilihan muzik di majlis kahwin


  • Maya
  • Isnin, 01 Sep 2025

Chef Zam terkenal dengan gaya lantangnya ketika beberapa kali berkongsi pandangan. — Facebook/Professor Chef Zam

CEF selebriti terkenal tanah air, Datuk Zamzani Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Chef Zam mencuri perhatian di media sosial apabila menegur pemilihan lagu yang dianggap tidak sesuai ketika majlis persandingan.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik ke akaun Threads miliknya, Chef Zam dilihat sedang menikmati hidangan di sebuah dewan perkahwinan sebelum menyuarakan rasa kurang senang apabila penyanyi undangan menyanyikan lagu berentak sedih.

BACA LAGI: Apabila penampilan tetamu lebih menonjol berbanding raja sehari, lebih kuah dari sudu

BACA LAGI: Bila waktu terbaik untuk nikah? Berikut panduan pilih tarikh perkahwinan ikut syariat Islam

 

 

“Pilihlah lagu-lagu sesuai dengan acara atau majlis persandingan yang gembira dan gilang-gemilang itu.

"Jangan sebab jiwa penyanyi sendiri tengah galau gulana, kamu dendangkan lagu derita jiwa tak tentu haluan.

"Terus punah mood semua insan yang hadir. Makan modal!” tulisnya pada Ahad.

Coretan ringkas itu nyata mendapat perhatian warga maya yang rata-ratanya bersetuju bahawa suasana perkahwinan seharusnya diraikan dengan lagu-lagu ceria dan romantis, bukan sebaliknya.

"Setuju cef, pernah dulu pergi kenduri kawin, ada orang nyanyi lagu Sayang Laksamana Mati Dibunuh. Tak tahu nak rasa sedih ke gembira masa tu," ujar sharifahmznh.

Chef Zam terkenal dengan gaya lantangnya ketika beberapa kali berkongsi pandangan, selain aktif berinteraksi dengan pengikutnya di media sosial. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram