Wanita terkejut mentua cadang bayinya disusukan kakak ipar, elak kekok bila besar


  • Bonda
  • Ahad, 31 Ogos 2025

Anak disusukan oleh ahli keluarga lain dikatakan dapat merapatkan hubungan silaturahim dalam keluarga. — Gambar hiasan/AI

DALAM sesetengah keluarga, hubungan antara sepupu atau saudara mungkin terlihat normal.

Namun, bagi keluarga besar dan menetap jauh, mereka lebih memilih pendekatan berbeza untuk mengeratkan hubungan silaturahim ketika anak-anak masih kecil.

Berdasarkan perkongsian pengguna akaun Threads @aliariza98, keluarga mentuanya mengambil langkah menjadikan setiap bayi yang lahir sebagai anak susuan.

BACA LAGI: Motif nasi lemak, durian karya Izzati Suza angkat identiti Malaysia, pernah jadi piihan Sandara Park

BACA LAGI: 'Terima kasih ajar erti persahabatan, kasih sayang', kenangan terindah Dr. Mohanad selama 10 tahun tinggal di Malaysia

Muslim family having a good time outdoors

Terdapat keluarga yang membenarkan anak-anak menjadi anak susuan ahli keluarga lain. — Gambar hiasan

Meskipun pada awalnya sedikit janggal dan terkejut mendengar cadangan ibu mentua agar bayinya disusukan oleh kakak ipar sendiri, wanita itu secara perlahan memahami niat serta tujuan perkara itu dilakukan.

"Dari dahulu mereka biasakan anak-anak saudara jadi anak susuan.

"Katanya senang nanti bila dah besar, semua mahram, tak kekok.

"Awal-awal susah nak terima, tapi perlahan-lahan saya faham maksud mereka.

"Nak bagi anak-anak semua rapat, tak ada batas mahram bila dah besar nanti," tulisnya.

Wanita itu juga berkongsi pengalamannya ketika bersalin di rumah kakak iparnya di Madinah.

Menurutnya, kakak iparnya bukan sahaja menjaganya sepanjang tempoh berpantang, malah turut menyusukan bayinya bagi membolehkan ibu muda itu berehat secukupnya.

"Sampai sekarang, setiap kali ada antara kita nak bersalin, siap-siap dah bincang siapa nak susukan.

"Sebab itu anak-anak rapat sangat dengan sepupu. Ada juga yang nak kahwin sesama mereka, tetapi kami halang dan jelaskan sebabnya mereka sudah jadi adik-beradik susuan.

"Paling terkejut bila tengok adik-beradik belah suami walaupun duduk lain negara masih ada usaha datang untuk susukan anak.

"Sebab ada tempoh tertentu untuk umur bayi boleh disusukan," katanya.

Mengikut hukum Islam, anak yang disusukan oleh seorang ibu akan menjadi mahram kepada anak-anak lain yang turut disusukan oleh wanita yang sama.

Hubungan dapat terjalin antara sepupu seperti adik-beradik. —  Gambar hiasan

Secara hukum, mereka tidak boleh berkahwin sesama sendiri kerana hubungan itu dianggap seumpama adik-beradik.

Walaupun perkahwinan sesama sepupu dibenarkan dalam syariat, ramai keluarga memilih untuk mengelakkannya kerana pelbagai faktor termasuk kesihatan.

Menurutnya, amalan anak susuan bukan sekadar membina ikatan kasih sayang, malah mempunyai manfaatnya tersendiri.

"Ia dapat menentukan dengan jelas siapa yang mahram dan siapa yang bukan.

"Memudahkan hubungan silaturahim tanpa kebimbangan soal perkahwinan di masa depan.

"Mengukuhkan ikatan kekeluargaan apabila anak-anak membesar rapat seperti adik-beradik, sambil tetap jelas tentang batas perkahwinan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram