
BERGELAR selebriti bukan sekadar disulami glamor dan sorotan kamera.
Di sebalik kehidupan itu, ada pengorbanan besar harus dilakukan, terutama dari segi masa, lebih-lebih lagi buat mereka yang dalam masa sama memikul komitmen keluarga.
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, 31, tidak terkecuali daripada merasai cabaran itu, apatah lagi selepas memegang status ibu tunggal kepada dua cahaya mata.
BACA LAGI: Tak perasan hantaran rindu ibu Alif Aziz, Bella Astillah jawab dakwaan halang mentua jumpa anak
BACA LAGI: Penampilan Bella Astillah, Zahnita Wilson 'pukau' pentas KLFW 2025
Namun dalam kesibukan menguruskan jadual seni yang padat, pemilik nama lengkap Dayang Nabellah Awang Astillah itu tetap mempunyai cara tersendiri untuk memastikan anak-anaknya tidak rasa terabai.
“Sejujurnya, memang banyak kerja yang perlu saya bahagikan khususnya sebagai ibu, penyanyi dan pelakon, memang susah nak seimbangkan masa.
"Namun saya sangat bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang banyak beri sokongan.
“Mama dan ayah banyak membantu. Jadi cara saya bahagikan masa, kalau ada ruang antara kerja, saya akan bawa anak-anak makan bersama walaupun sekejap,” katanya kepada Majoriti.
Sementara itu, ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut berkongsi pandangan mengenai pengurusan masa dan cara beliau mengurus tekanan.
“Bagi saya, masa adalah struktur dan cerminan siapa diri kita dan nilai yang dibawa.
"Bagaimana kita susun kehidupan, itu yang menentukan siapa kita.
“Tekanan pula perlu dihadapi, bukan dielakkan. Kita tak boleh crack under pressure.
"Ada pepatah Melayu, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kita kena ada kekuatan dalaman untuk terus melangkah ke hadapan,” katanya.
Syed Saddiq juga sempat berseloroh dengan membandingkan dirinya dengan Bella.
“Bella lebih kuat bekerja daripada saya. Walaupun saya rasa diri sendiri seorang yang workaholic, tapi saya tak sampai tahap ulang-alik ke Sabah setiap minggu, melawat daerah berbeza macam Bella buat,” kongsinya sambil tersenyum.
Ditanya mengenai pandangan sama ada jam sesuai dijadikan hantaran perkahwinan, beliau berseloroh sambil menjawab ringkas.
“Apa-apa perbincangan yang lebih sulit, kita bincang tepi ya,” tuturnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram