Tak perasan hantaran rindu ibu Alif Aziz, Bella Astillah jawab dakwaan halang mentua jumpa anak


  • Bonda
  • Khamis, 17 Jul 2025

Bella Astillah (tengah) memohon peminat mendoakan yang terbaik buat anak-anak dan keluarganya. — Instagram/bellaastilah

PELAKON dan penyanyi popular, Bella Astillah enggan mengulas lanjut mengenai hantaran luahan rindu ibu kepada bekas suami, Aliff Aziz terhadap kedua-dua cucunya.

Ibu kepada selebriti sensasi asal Singapura itu, Siti Hafiza Basharahil baru-baru ini memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya bagi menyuarakan kerinduan mendalam buat Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreana, 5, yang kini berada jauh dari pandangannya.

Bella atau nama penuhnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 31, bagaimanapun mengakui tidak melihat hantaran yang dikongsikan pada Jumaat lalu.

BACA LAGI: [VIDEO] Anggap macam kakak, aksi jururawat buat konsert peribadi Taylor Swift hiburkan gadis strok saraf tunjang

BACA LAGI: Kategorikan mainan ikut jenis antara tip ibu bapa elak anak cepat bosan, cari gajet

 

"Bella tak perasan hantaran itu tapi nampaklah ada orang bercakap-cakap.

"Bella cuma minta doakan yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak," katanya ketika ditemui pada sambutan ulang tahun ke-44 Solar Time di Putrajaya pada Khamis.

Ditanya sama ada keluarga Alif pernah menghubunginya untuk bertemu anak-anak, beliau mengakui tidak diberi maklum tentang perkara berkenaan.

"Bella tak berkesempatan nak tanya mama. Mungkin ada, sebab kalau saya cakap ya pun takut salah.

"Kalau saya cakap tak pun takut salah juga. Bella tak beranilah, no comment on that.

"Saya cuma minta semua peminat yang memang prihatin tentang anak-anak Bella, doakan yang terbaik untuk keluarga Bella," ujarnya.

Baru-baru ini, Siti Hafiza berkata, meskipun berjauhan, kasih sayangnya terhadap Ayden dan Ara tidak pernah luntur.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di media sosialnya, wanita yang mesra dipanggil Umi Wan oleh keluarga itu meluahkan rasa syukur atas pertambahan usia cucu-cucunya.

Siti Hafiza juga mendoakan agar Ayden dan Ara membesar dengan sihat, bahagia serta menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Bicaranya, lagi, cinta beliau terhadap mereka kekal utuh dan abadi, walaupun tidak dapat bersama secara fizikal.

Untuk rekod, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan Aliff pada 9 September 2016, namun berpisah pada 13 Jun 2024. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram