
SEORANG wanita yang sedang sarat mengandung meluahkan rasa sedih dan serba salah apabila terpaksa mencari penjaga baharu untuk dua ekor kucing kesayangannya kerana keluarga mentua tidak selesa apabila berkunjung ke rumah.
Menerusi hantaran di laman Threads, wanita terbabit, Nunv.ily memuat naik gambar dua ekor kucing miliknya sambil merayu sesiapa yang benar-benar ikhlas untuk menjaga haiwan tersebut.
“Ada tak sesiapa sudi bela dua ekor kucing ni? Saya sayang mereka, tapi suami selalu ungkit ibu bapanya tak selesa datang rumah sebab tak suka kucing.
"Saya kini mengandung, rasa bersalah setiap kali dia sebut hal itu. Kucing ni baru dimandulkan, mereka baik sangat. Tolong cari orang ikhlas jaga mereka. Lokasi PJS 1, Petaling Jaya, Selangor” katanya.
BACA LAGI: Bukan calang-calang TPR wakili Zara Qairina, Nor Azizah juga kendali kes adik Bella, Ebit Liew
Seorang pengguna Darwina Dazman kongsi solusi dengan menyediakan sangkar kucing di luar rumahnya demi keselesaan banyak pihak.
Luahan itu mengundang perhatian ramai, malah ada yang memberikan pandangan supaya pasangan berkenaan mencari jalan tengah agar kucing tidak perlu diberikan kepada orang lain.
Seorang pengguna, Nadia menyarankan agar pemilik kucing itu tidak terburu-buru membuat keputusan rehome, sebaliknya mencari solusi sementara.
“Hari yang keluarga mentua nak datang tu, hantar je ke hotel kucing untuk beberapa malam atau buat rumah kucing dekat luar rumah. Kesian sangat nak rehome hanya sebab tetamu datang sekejap,” cadangnya.
Pelakon, Mustaqim Bahadon turut meninggalkan komen dengan nada tegas bahawa isu itu boleh diselesaikan jika suami memainkan peranan.
“Parents bukan datang nak menetap bertahun pun. Sekali-sekala je. Masa mereka datang, asingkan kucing dekat bilik lain atau hantar hotel kucing.
"Lepas tu kemas rumah, vacum bulu, buang pasir. Ada banyak cara cuma suami kena rajin sikit,” katanya.
Seorang lagi pengguna, Darwina Dazman Zulkifli berkongsi solusi praktikal yang diamalkan sendiri bagi mengelak isu seperti ini.
“Saya pun sama. Buat siap-siap sangkar di luar rumah. Jadi kalau ada tetamu yang tak selesa dengan kucing, anak-anak bulu saya tetap selamat di belakang,” tulisnya.
Komen yang cukup menyentuh hati datang daripada seorang pengguna, Bunga.Coffee yang berkongsi pengalaman peribadi menjaga kucing orang lain.
“Maaf saya tak sanggup ulang. Sebelum ni pernah ambil kucing sebab pemilik dia tak dapat jaga. Tetapi kucing tu setiap hari duduk depan tingkap tunggu tuannya datang ambil. Walaupun saya pujuk dan jaga elok, dia tetap berharap. ALLAH, sayu hati,” katanya.
Ada juga yang mempersoalkan sikap suami wanita itu.
“Awak tengah mengandung pulak tu… kenapa suami tak fikir isteri dah bela kucing tu sebelum kahwin lagi? Kalau ibu bapa dia tak suka sekali pun, letak je kucing dekat cat hotel masa mereka datang.
"Dan suami kena rajin kemas rumah, bukan suruh rehome kucing. Ermm, geram!," kata Alia Rahman.
Pengguna lain, Aquabby pula meninggalkan komen paling pedas sehingga mencuri perhatian netizen.
“Patut rehome suami dia tu, return balik ke rumah parents mengada dia tu,” selarnya.
Ada juga yang menganggap itulah sebab mereka sangat berhati-hati dalam memilih pasangan.
“The reason why I’m super picky pilih partner. Masa cari jodoh dulu saya memang cari yang sama-sama suka kucing.
"Saya takkan buang kucing demi pasangan. Kalau kena pilih, saya buang pasangan, bukan kucing. No wayyy,” tulis Isma Baizura Mohamad. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram