[VIDEO] 'Aktiviti ini sesuai untuk ibu, anak', gelanggang pickleball Amelia di Sentul semakin dapat sambutan


  • Bonda
  • Jumaat, 22 Ogos 2025

Menurut Amelia Pickle Depot & Padel Depot bukan sahaja tempat bersukan, malah lokasi ideal untuk bersantai, menonton perlawanan atau menikmati kopi.

MINAT mendalam terhadap sukan Pickleball membawa pelakon terkenal, Amelia Henderson bersama dua rakan perniagaan, Alex dan Charles menubuhkan Pickle Depot & Padel Depot di Sentul, sebuah lokasi yang kini menjadi tumpuan penggemar sukan raket tersebut.

Amelia berkata, idea mewujudkan projek itu lahir daripada pengalaman mereka sendiri. 

“Kami bertiga memang peminat Pickleball, tetapi di Malaysia, tempat untuk bermain masih terhad dan sering penuh tempahan. Jadi kami fikir, kenapa tidak wujudkan satu tempat yang lengkap dan mesra semua lapisan masyarakat,” katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: [VIDEO] Nampak remeh, 5 perkara ini buka laluan pada penjenayah, hati-hati posting media sosial

BACA LAGI: Bukan calang-calang TPR wakili Zara Qairina, Nor Azizah juga kendali kes adik Bella, Ebit Liew

Pickle Depot & Padel Depot bukan sekadar gelanggang sukan biasa. 

Pusat itu menawarkan 12 gelanggang Pickleball premium termasuk satu show court dan 4 gelanggang Padel MejorSet dengan Mondo Turf.

Ia dibuka secara berperingkat sejak Mei lalu, dengan grand launch rasmi selepas hujung Julai, apabila semua fasiliti termasuk ruang F&B dibuka sepenuhnya.

Menurut Amelia, setakat ini, sambutan orang ramai terhadap gelanggang itu sangat menggalakkan. 

“Orang ramai nampaknya sukakan tempat ini. Kami bersyukur atas sokongan orang Malaysia dan berhasrat terus memajukan Pickleball di negara ini," katanya. 

Apa yang menarik, Pickle Depot & Padel Depot turut menampilkan The HUB iaitu ruang Food and Beverage berkonsepkan gaya hidup yang menghadap gelanggang.

Ia bukan sahaja tempat bersukan, tetapi juga lokasi ideal untuk bersantai, menonton perlawanan atau menikmati kopi selepas bermain.

Mengenai tanggapan sesetengah pihak bahawa Pickleball hanya untuk berfantasi, Amelia menganggap bahawa sukan itu sebenarnya satu aktiviiti yang bagus dan mudah diterima semua golongan. 

“Pickleball senang untuk dipelajari dan dimainkan oleh sesiapa sahaja, orang muda atau berumur. Golongan ibu pun boleh main pickeball dengan anak mereka. Ia fleksibel iaitu boleh dimainkan santai atau intensif, dengan keluarga atau rakan. Itulah sebabnya saya suka sukan ini,” katanya.

Dengan gabungan gelanggang bertaraf dunia, ruang komuniti dan konsep gaya hidup yang menarik, Pickle Depot & Padel Depot kini bukan sekadar lokasi bersukan, tetapi pentas baru bagi revolusi sukan raket di Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram