
IBU bapa disaran lebih cakna terhadap perkembangan anak-anak mereka bagi mengesan tanda awal menjadi mangsa buli, termasuk perubahan emosi seperti kemurungan.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ibu bapa perlu segera membuat aduan kepada pihak sekolah sekiranya mengesyaki anak mereka menjadi mangsa buli.
"Buat aduan pada Pengetua. Jika tiada tindakan diambil, boleh buat tindakan perundangan. Wajib putuskan rantaian buli
BACA LAGI: Ibu bapa mangsa buli boleh ambil tindakan sivil jika pelaku masih di bawah umur — Peguam
BACA LAGI: Kes Zara: KDN sahkan ada elemen buli, gangguan seksual dan pengabaian
"Wajib hentikan rantaian buli,” katanya menerusi Facebook pada Selasa.
Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Menurut Asyraf Wajdi, beliau telah menegaskan kepada semua pengetua Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) supaya tidak memandang ringan isu buli, apatah lagi menyembunyikannya demi menjaga reputasi sekolah.
"Saya sudah tegaskan berkali-kali kepada semua pengetua MRSM, jangan sesekali memandang mudah isu buli. Jangan sembunyikan semata-mata mahu menjaga reputasi. Jika ada aduan, wajib disiasat dan diambil tindakan segera.
“Malah, Mara tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pengurusan MRSM atau institusi pendidikan di bawah Mara yang sengaja tidak mempedulikan laporan ibu bapa,” katanya menerusi Facebook hari ini.
Beliau berkata, terdapat kes berkaitan di Mahkamah Persekutuan yang boleh dijadikan sandaran (precedent case) bagi ibu bapa yang mahu mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang cuai atau menyembunyikan isu buli.
Tegas beliau lagi, MARA tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak pengurusan MRSM atau institusi pendidikan di bawah agensi itu yang didapati sengaja mengabaikan aduan ibu bapa mengenai kes buli. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram