
BARISAN peguam yang mewakili ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat menolak dakwaan tular yang mendakwa anak guam mereka sedang mengutip derma untuk kegunaan peribadi serta bagi membayar yuran guaman.
Menurut kenyataan bersama pada Khamis, barisan peguam terdiri daripada Hamid Ismail, Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasse menjelaskan, nombor akaun bank yang tersebar di media sosial sebelum ini pernah digunakan untuk menerima sumbangan orang ramai hanya beberapa hari selepas kematian Zara.
Bagaimanapun, kutipan berkenaan telah dihentikan tidak lama selepas itu.
BACA LAGI : Ikuti rapat usaha JusticeForZara, usahawan Keningau mahu taja pakej umrah buat ibu Zara
BACA LAGI : Kes Zara: KDN sahkan ada elemen buli, gangguan seksual dan pengabaian
“Kami menegaskan bahawa anak guam kami tidak menjalankan sebarang kutipan derma pada masa ini, sama ada untuk dirinya sendiri mahupun untuk membayar yuran guaman,” tegas kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, semua perkhidmatan guaman diberikan secara pro bono atau percuma kepada Noraidah Lamat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram