[VIDEO] Fokus, kenal pasti bakat anak berbanding minat, elak silap pilih kerjaya — Rafizi


  • Bonda
  • Isnin, 18 Ogos 2025

Rafizi (gambar kecil) berkata, peranan ibu bapa sangat penting dalam mengenal pasti dan memupuk bakat anak sejak mereka kecil.

BEKAS Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli menasihatkan ibu bapa agar memberi perhatian terhadap bakat anak-anak sejak usia muda agar mereka tidak tersalah memilih kerjaya.

Rafizi menjelaskan perbezaan antara bakat dan minat sering menjadi persoalan utama ketika anak-anak membuat keputusan melanjutkan pelajaran.

BACA LAGI: [VIDEO] Rafizi Ramli tampil formula baharu khas buat 'Bawang Army'

BACA LAGI: Kes serangan anak Rafizi: Bukit Aman ambil alih siasatan

"Contoh saya minat nak jadi doktor, tapi bakat melukis.

"Masa muda dulu, saya selalu kendalikan bengkel kerjaya di sekolah dan universiti.

"Antara bakat dan minat, nasihat saya ialah utamakan bakat," katanya menerusi ciapan di laman X (Twitter) miliknya pada Isnin.

Beliau berpandangan, bakat perlu diutamakan kerana ia kekal bersama seseorang, berbeza dengan minat yang boleh berubah mengikut masa.

Jelasnya, individu yang memiliki bakat dalam sesuatu bidang akan menghasilkan kerja lebih baik berbanding orang lain walaupun pada asalnya tiada minat.

Rafizi berpandangan, bakat perlu diutamakan kerana ia kekal bersama seseorang, berbeza dengan minat yang boleh berubah mengikut masa.

"Akhirnya kita menjadi cemerlang dalam bidang tersebut dan orang sekeliling akan hormat hasil kerja kita. Dari situlah timbulnya minat," ujarnya.

Justeru, Ahli Parlimen Pandan itu menegaskan peranan ibu bapa sangat penting dalam mengenal pasti dan memupuk bakat anak sejak kecil agar mereka mampu menjadi profesional cemerlang dalam bidang yang tepat.

Beliau turut menambah, jika bakat dipupuk dengan betul, ia juga mampu memberi manfaat kepada negara.

“Insya-ALLAH, ia juga membantu negara kerana kita boleh mengurangkan watak-watak yang berminat jadi ahli politik, tetapi sebenarnya tidak berbakat.

"Maka mereka tidak cemerlang bila dapat peluang,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram