[VIDEO] Minta tajaan acara, pakaian — wajar atau tidak? Ini jawapan pempengaruh fesyen, kecantikan


  • Gaya
  • Rabu, 13 Ogos 2025

Tyra (kiri) mempunyai pandangan lebih tegas, manakala Rafidah menganggap ia peluang yang wajar dimanfaatkan. — Instagram/personaliti media sosial

DALAM dunia fesyen dan kecantikan, kolaborasi antara pempengaruh dan penyedia perkhidmatan seperti jurusolek, jurugambar atau pereka busana bukanlah perkara baharu.

Namun, isu mula timbul apabila ada segelintir individu berpengaruh yang secara terbuka meminta tajaan bagi acara atau penampilan mereka.

Bagi sesetengah pihak, tindakan itu dianggap sebagai peluang kerjasama yang saling menguntungkan, manakala bagi yang lain, ia menimbulkan persoalan tentang etika dan keperluan sebenar permintaan tersebut.

BACA LAGI: Anak kena 'sawan tarik', ini panduan kecemasan buat ibu bapa

BACA LAGI: [VIDEO] 'Berbesar hati bersama-sama dalam penerbangan terakhir', bersara lepas 40 tahun jadi pramugari, anak sambung legasi ibu

Yasmin (kiri) dan Sara masing-masing mempunyai pandangan berbeza. — Instagram/personaliti media sosial

Pempengaruh, Yasmin Abdul Rauf berkata permintaan tajaan boleh memberi manfaat kepada kedua-dua pihak sekiranya dilakukan dengan cara yang betul.

“Pempengaruh mempunyai pengikut dan penonton tersendiri, jadi saya rasa ia situasi menang-menang. Kedua-dua pihak mendapat pendedahan,” katanya kepada Majoriti.

Sementara itu, Athirah Kamaruzzaman mengambil pendirian lebih tegas dengan menyatakan bahawa pempengaruh atau pasangan selebriti yang mempunyai kemampuan kewangan sepatutnya membayar perkhidmatan tersebut.

“Daripada meminta tajaan, lebih baik mereka bayar dan mempromosikan bakat mereka. Tapi kalau kedua-dua pihak setuju dan ia menguntungkan, okeylah,” ujarnya yang mesra disapa sebagai Tyra.

Pandangan sederhana pula disuarakan oleh Sara Muzam yang berpendapat tidak salah meminta tajaan daripada jenama yang sudah dikenali atau pernah bekerjasama, asalkan pempengaruh menawarkan pulangan yang setimpal.

“Kalau jenama itu memang percayakan kita, tak salah. Tapi kalau baharu nak kenal, kena ada cara yang betul. Pada akhirnya, kita semua manusia dan ada keperluan masing-masing,” jelasnya.

Rafidah M. Ghazali turut bersetuju bahawa isu ini bukanlah sesuatu yang perlu diperbesarkan.

“Pada akhirnya kita semua manusia. Masa itu emas, emas itu masa. Siapa yang cepat ambil peluang, itu rezeki,” katanya ringkas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram