[VIDEO] Rafizi Ramli tampil formula baharu khas buat 'Bawang Army'


  • Massa
  • Selasa, 05 Ogos 2025

Rafizi (kanan) mahu pembuli siber di Malaysia membuli Israel atas apa yang mereka lakukan terhadap warga Gaza.

SELEPAS memberi cadangan sesi persekolahan berakhir pada usia 16 tahun, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mencadangkan agar satu pendekatan digunakan bagi mengatasi masalah buli siber dalam kalangan belia Malaysia.

Hal ini berlaku selepas kajian oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mendapati belia Malaysia menduduki tempat kedua dia Asia dan kelima di dunia dalam kekerapan melakukan buli siber.

Disebabkan itu, untuk mengatasi situasi tidak sihat tersebut, Rafizi mencadangkan agar belia Malaysia tidak membuli sesama sendiri namun menghala perbuatan tersebut terhadap Israel.

BACA LAGI: Kanada jatuhkan 10 tan bantuan kemanusiaan dari udara Gaza bersama 5 negara

BACA LAGI: Takut kena denda royalti, kafe di Indonesia mula ganti main lagu-lagu Barat

Kata Rafizi, kajian mendapati 47 peratus daripada ibu bapa sedar yang ada kanak-kanak atau belia yang menjadi mangsa buli siber di sekeliling mereka.

Ibu bapa perlu lebih bertanggungjawab dalam apa yang mereka tulis di media sosial kerana anak-anak akan mengikut apa yang dilakukan oleh mereka.

"Saya ada satu cadangan. Dalam kalangan netizen, perbalahan yang sering membawa kepada maki hamun dan buli siber ini selalunya berkait politik.

"Pada satu ketika, rakyat Malaysia menjadi berita antarabangsa kerana menghentam Israel secara terus di akaun-akaun Israel, sehingga rakyat Malaysia dikenali sebagai Bawang Army.

"Sudah sampai masanya kita menjadi Bawang Army beramai-ramai untuk mendesak Israel menghentikan kekejaman yang menyebabkan kebuluran besar-besaran di Gaza.

"Buli siber perlu dibendung dalam masyarakat terutamanya di kalangan remaja. Kalau dah tak tahan sangat nak buat posting panas, biarlah ada kebaikan, contohnya untuk mendesak Israel menghentikan kekejaman ini," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram

Rafizi Ramli, Malaysia, UNICEF, Gaza, Israel