Kes serangan anak Rafizi: Bukit Aman ambil alih siasatan


  • Kes
  • Ahad, 17 Ogos 2025

Siasatan kes serangan anak bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, kini diambil alih oleh Bukit Aman.

SIASATAN berhubung kes serangan terhadap anak kepada bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli kini diambil alih oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Shazeli Kahar, memaklumkan penyerahan siasatan kepada pihak persekutuan itu dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan secara lebih menyeluruh dan berpusat.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini diminta tampil dan menyalurkannya ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

BACA LAGI: Anak Rafizi diserang individu tak dikenali di pusat beli-belah di Putrajaya

BACA LAGI: 'Diam, jika teruskan... AIDS', Rafizi dedah mesej ugutan diterima isteri

"Kerjasama masyarakat amat dihargai demi memastikan keadilan dan ketelusan dalam proses siasatan," katanya dalam kenyataan pada Ahad," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Terdahulu, anak lelaki kepada bekas timbalan presiden PKR tersebut cedera selepas diserang individu tidak dikenali di kawasan parkir sebuah pusat beli-belah di Putrajaya pada Rabu.

Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, kejadian berlaku sekitar pukul 1.45 petang ketika isteri dan anaknya memasuki kereta untuk meninggalkan lokasi berkenaan.

Jelas beliau, suspek berpakaian serba hitam dan memakai topi keledar menutup muka sepenuhnya, dipercayai menunggu lebih awal sebelum bertindak menyerang pada waktu yang sesuai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram